Tuesday, 6 May 2025

DURIAN DIGELAR RAJA BUAH BANYAK VARIETI

 
Durian dipanggil raja buah. Terdapat banyak varieti durian terdapat di Malaysia. Untuk mudah dikenali dan rekod, Jabatan Pertanian mendaftarkan di bawah huruf 'D'. 
 
Jadi semua varieti durian yang didaftarkan dengan Jabatan Pertanian bermula dengan D dan diikuti nombor. Nombor itu menunjukkan susunan varieti mana lebih awal didaftarkan. Setiap varieti mempunyai ciri-ciri tertentu yang membezakan dengan varieti lain.
 
Selain varieti durian yang telah didaftarkan, terdapat banyak lagi jenis baka durian yang tidak didaftarkan. Mana-mana durian terkenal yang belum didaftarkan akan dikenali sebagai durian kampung premium.
 
Permintaan terhadap durian agak tinggi kerana ia buah-buahan bermusim. Penggemarnya hanya dapat menikmati pada musim-musim tertentu.   
 
Untuk menikmati durian yang terkenal dan durian kampung premium, penggemar sanggup berhabis wang asalkan dapat menikmatinya. Harga sekitar RM40 hingga RM80 bagi setiap kilogram sudah dianggap "biasa" dan masih mendapat sambutan daripada penggemar durian.