Monday, 23 July 2018

JAGUNG BAKAR BARBEKU

Jagung bakar boleh dijadikan sebahagian hidangan pilihan semasa barbeku (BBQ) selain daging, ayam, ikan, sotong atau sosej.  Penambahan menu jagung bakar menjadi tarikan kerana termasuk dalam senarai buah yang berbeza dengan menu lain dalam kategori binatang.

Untuk memasukkan jagung sebagai menu barbeku tidak perlu keperluan lain. Apa yang penting ialah ada jagung yang masih dalam bentuk tongkol. Jagung boleh dibakar bersama-sama dengan menu lain. Tidak kisahlah membakar menggunakan api arang mahupun pembakar elektrik.

Jadi, tidak ada keperluan lain untuk membakar jagung. Kalaupun ingin menambah perisa jagung, gunakan garam, madu, margarin ataupun mentega yang disapu kepada butir jagung semasa membakarnya atau selepas membakarnya.  

Mudah ringkas. Maka, apakata jika ingin mengadakan majlis barbeku, jadikan jagung sebagai salah satu menunya. Pasti ramai yang meminatinya.