Apa itu gingko? Gingko adalah sejenis tumbuhan yang didapati daripada pokok gingko. Ia dipercayai merupakan salah satu spesis pokok yang hidup paling tua di dunia.
Pokok gingko adalah sejenis pokok yang bersaiz besar. Pada kebiasaannya pokok ini boleh mencapai ketinggian 20 hingga 35 meter dan ada juga yang mencecah sehingga ketinggian 50 meter di negara China.
Pokok gingko tahan kepada angin yang kuat, salji dan juga tahan daripada penyakit menyebabkan ia boleh hidup lama. Daun gingko agak unik kerana ia berbentuk berbentuk seperti kipas dengan urat yang terpancar keluar ke bilah daunnya.
Selama beribu-ribu tahun, daun daripada pokok gingko biloba telah menjadi rawatan biasa dalam perubatan tradisional Cina.
Suplemen gingko kebanyakan berasal daripada daun. Namun perlu berhati-hati kerana biji gingko berbahaya jika diambil secara mentah.
Para saintis telah menemui lebih daripada 40 unsur kimia utama dalam gingko. Hanya dua unsur kimia yang dipercayai bertindak sebagai ubat iaitu flavonoid dan terpenoid.
Flavonoid adalah antioksidan berasaskan tumbuhan. Kajian makmal dan kajian ke atas haiwan menunjukkan bahawa flavonoid melindungi saraf, otot jantung, saluran darah dan retina daripada kerosakan.
Terpenoid pula memperbaiki aliran darah dengan mengembangkan saluran darah dan mengurangkan kelekitan platlet.
Oleh itu ramai yang mengambil produk gingko percaya bahawa ia boleh meningkatkan daya ingatan, menajamkan pemikiran dan juga mengatasi masalah peredaran darah.
Kebaikan Gingko Biloba:
- Memperbaiki pengaliran darah.
- Meningkatkan prestasi otak.
- Mengubati sakit kepala dan migrain.
- Mengubati masalah kemurungan.
- Merawat penyakit asma.
- Merawat tinitus (masalah pendengaran).
- Merawat glaucoma (masalah penglihatan).
- Membaiki peredaran darah.
- Meningkatkan kesihatan jantung.
- Memberi perlindungan kepada pusat memori.
- Antikanser
Dapatkan produk berasaskan gingko biloba
Di Shopee

No comments:
Post a Comment