Ikan pirana perut merah (Pygocentrus nattereri). Ikan air
tawar ini jenis pemangsa yang berasal dari Lembangan Sungai Amazon di Amerika
Selatan.
Ikan ini mempunyai bentuk badan padat dengan deretan gigi
tajam berbentuk segi tiga yang tersusun rapat untuk merobek mangsa. Gigi yang
tajam itu menjadi senjata untuk melemahkan musuh yang bersaiz besar.
Bahagian bawah atau perutnya mempunyai warna merah atau oren
yang menyerlah apabila dewasa.
Ikan pirana perut merah adalah bersifat omnivora (memakan
daging dan tumbuhan), merangkumi serangga, cacing, krustasea, serta ikan lain.
Walaupun terkenal sebagai ikan ganas dalam filem dan cerita
popular, pirana biasanya tidak menyerang manusia. Malah, pirana bukanlah ikan
yang menghabiskan seluruh masa memburu daging.
Sebaliknya, ikan ini merupakan haiwan omnivor yang lebih
kerap memakan serangga, cacing dan tumbuhan berbanding ikan serta daging.
Ikan ini sering bergerak dalam kumpulan sebagai pertahanan
daripada pemangsa lain. Piranha mungkin menunjukkan tingkah laku agresif
apabila berasa terancam.
Pirana perut merah hidup dalam kumpulan dan menggunakan
deria bau serta bunyi atau getaran dalam air untuk mengesan makanan dan
ancaman.
Di habitat liar, ikan pirana perut merah biasanya hidup
antara 10 hingga 15 tahun.Pirana perut merah dewasa boleh mencapai berat antara
satu hingga tiga kilogram.
Ikan pirana termasuk dalam larangan import atau dibawa
masuk, dipelihara atau dilepaskan di perairan Malaysia kerana dikhuatiri
mengancam ekosistem akuatik tempatan.
Sekiranya spesies tersebut dibiarkan membiak sehingga
membentuk populasi yang stabil, kewujudannya berpotensi menimbulkan ancaman
terhadap populasi ikan tempatan di negara ini.

%20-%202swe.jpeg)