Wednesday, 12 November 2025

CARA MEMBAKAR UBI KELEDEK

 
Dahulu, jika disebut "bakar" sudah tentu mengguna api atau bara kayu api (juga arang). Sekarang ini membakar sudah mudah kerana tidak semestikan menggunakan cara tradisional. Sekarang ini banyak peralatan boleh digunakan seperti penggoreng udara (air fryer) dan ketuhar.
 
Satu menu disediakan dengan cara membakar ialah ubi keledek, selain direbus dan dibuat kuih. Ubi keledek bakar rasa sedap kerana mengekalkan aroma dan rasa berbanding yang direbus.
 
Cara membakar ubi keledek di dalam penggoreng udara dan ketuhar cukup mudah dan cepat. Kaedahnya adalah sama dengan cara membakar makanan lain menggunakan perkakasan tersebut.
 
Ubi keledek yang telah dibersikan dan tidak dipotong bagi mengelak ia cepat mengering, diletakkan di dalam perkakas membakar sama ada dibalut dengan pembalut aluminium ataupun tidak.
 
Angkat setelah ubi keledek itu empuk dan sedia dimakan apabila sejuk.

No comments:

Post a Comment