Wednesday, 23 July 2025

EMPAT GAJAH LIAR DIPINDAHKAN

 
Unit Tangkapan Gajah (UTG) PERHILITAN Perak dan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah berjaya memindahkan empat gajah liar.
 
Operasi pemindahan empat ekor gajah liar di Gerik, Perak telah berjaya diselesaikan sepenuhnya. Misi ini berakhir pada 14 Julai 2025, dengan pemindahan baki dua ekor gajah terakhir di Kampung Sira Panas.
 
Kejayaan ini tidak mungkin tercapai tanpa bantuan dua wira tidak didendang, iaitu gajah denak Chery dan Rambai, yang memainkan peranan penting dalam memujuk rakan-rakan liar mereka.
 
Kesemua 26 anggota yang terlibat telah memastikan gajah-gajah ini dalam keadaan sihat dan dilepaskan ke habitat baharu yang selamat di Taman Negara Terengganu.
 
Kredit - Jabatan Perhilitan Semenanjung Malaysia

No comments:

Post a Comment