Saturday 15 January 2022

EKSTRAK GUARANA PEMBEKAL TENAGA

 
Kegunaan guarana sebagai sumber tenaga dan memberi kebaikan untuk kesihatan telah lama diamalkan di kalangan penduduk di Lembah Amazon.  

Guarana mempunyai nilai khasiat yang tinggi. Guarana kaya dengan guaranin, asid amino, bahan galian, vitamin, karbohidrat, tannin dan theine. Ia sesuai bagi sesiapa sahaja, tanpa mengira jantina atau umur.

Guarana mempunyai kadar antioksidan yang tinggi. Antioksidan didefinisikan sebagai zat yang dapat melewatkan proses oksidasi dalam badan. Oksidasi adalah reaksi kimia membabitkan pengikatan oksigen, pelepasan hidrogen atau elektron.

Secara umumnya, bahan perosak tubuh bertindak ke atas sel. Bahan ini masuk ke dalam tubuh manusia melalui pemakanan. Makanan mempunyai pengawet dan pewarna akan menyebabkan sel tubuh rosak. Bahan cemar ini dinamakan oksida atau radikal bebas.

Apabila masuk ke dalam tubuh, ia akan bertindak kepada sel dan menukar sel boleh rosak. Sel yang rosak dipanggil sebagai mutasi.

Sel yang mengalami mutasi bersifat ganjil. Ia mempunyai jangka hayat yang panjang dan mampu membiak dengan cepat. Ia boleh bergerak dalam darah dan menuju ke organ badan sehingga menyebabkan kanser.

Kanser boleh menyebabkan kegagalan fungsi organ dalam tubuh dan membawa maut. Sesetengah orang mempunyai genetik untuk mendapat kanser. Ketahanan tubuh yang lemah sebenarnya dapat diperbaiki jika jumlah antioksidan wujud di dalam darah mencukupi.

Penghasilan radikal bebas berlaku sepanjang masa dan ia sukar dikawal. Bagi mengimbangi kemusnahan sel akibat serangan radikal bebas ini ramai penyelidik terutama dalam bidang kesihatan dan kecantikan berlumba-lumba mencipta barangan atau makanan tambahan mengandungi antioksidan.

Antioksidan adalah bahan yang dikenal pasti dapat menghapus atau melemahkan radikal bebas dengan 'mendermakan' elektron kepada radikal bebas. Inilah caranya antioksidan bertindak menstabilkan radikal bebas, sekali gus melindungi kerosakan sel badan.

Apabila sel-sel badan berada dalm keadaan baik, maka fungsi organ bandan berjalan pada tahap optimun. Pengaliran darah berlaku dengan sempurna. Justeru, ia memberi kebaikan kepada kekuatan fizikal dan mental. 

Masalah jantung jarang berlaku kepada mereka yang secara berterusan mengamalkan pengambilan guarana. Kekuatan tenaga seksual atau tenaga batin juga berada pada tahap terbaik. Hubungan seks menjadi lebih bermakna dan ceria. 

Secara sepintas kebaikan khasiat guarana adalah: 
- Menghalang saluran darah jantung daripada tersumbat. 
- Menguatkan badan. 
- Kurangkan bengkak dan henti pendarahan luaran. 
- Penjagaan kulit dan kosmetik. 
- Menguatkan keupayaan seks. 
- Melawaskan kencing. 
- Awet muda. 
- Menguatkan sIstem imun. 
- Merendahkan kolesterol dan asid lemak. 
- Melindungi hati. 
- Memperbaiki sistem penghadaman. 
- Mengaktifkan sel-sel dan sistem saraf. 
- Memerangi radikal bebas. 
- Sumber tenaga utama. 
- Fungsi menyembuh yang unik.   
- Mencegah bengkak, bisul. 
- Memperbaiki aliran darah. 
- Melegakan anemia. 
- Menghindarkan kesejukan kaki dan tangan. 
- Mengawal keguguran rambut. 
- Membaiki tekanan darah. 
- Mengimbangkan kandungan gula dalam darah. 
- Mengawal kencing manis. 
- Menghindarkan rasa kepenatan.  
- Menambahkan kesuburan.  
- Mengurangkan mabuk hamil. 
- Menambahkan kandungan hemoglobin dalam darah. 
- Membantu janin mendapat jumlah oksigen mencukupi. 
- Mempercepatkan pembaikan tisu selepas bersalin. 
- Mempercepatkan pengecutan rahim.  
- Membantu mengawal pusingan haid. 
- Mengurangkan ketidakselesaan semasa haid. 
- Menghalangkan saluran darah tersumbat
- Meningkatkan keupayaan otak. 
- Melegakan sakit kepala, sakit saraf, sakit sendi. 
- Membantu proses penghadaman. 
- Meningkatkan kadar penyerapan zat makanan. 
- Menghentikan sembelit. 
- Mencegah keracunan makanan. 
- Menghilangkan kesan jerawat

Guarana bukan ubat. Ia pemakanan tambahan tradisional. Keberkesanan atau tindak balas berbeza-beza antara individu. Untuk kesan yang maksima, ia perlu diambil secara berterusan. 

Dapatkan guarana secara dalam talian. 
Klik pautan di bawah. 
Mudah cepat murah.

No comments:

Post a Comment