Wednesday, 11 June 2025

BUNGA SITI ZUBAIDAH

 
Bunga siti zubaidah berasal di pesisiran dan gunung-ganang pulau Honshu di Jepun. Bunga ini juga dikenali dengan nama bunga tiga bulan dan bungan raja deli. Nama botani nya Hydrangea macrophylla.  
 
Biarpun bunga ini lebih sesuai ditanam di tempat sejuk seperti di tanah tinggi, tetapi kini ia turut ditanam di serata kawasan di seluruh dunia.
 
Nama "bunga tiga bulan" datangnya kerana bunga-bunganya mengambil masa tiga bulan untuk mekar sepenuhnya dari tunas bunga.
 
Pokok bunga ini jenis herba dan renek berdaun luruh. Ketinggiannya antara 0.5 meter sehingga dua meter.
 
Bunganya muncul dalam  jambat berbentuk cawan yang besar di hujung ranting; satu jambak mempunyai ratusan kuntum yang tersusun rapat.
 
Bunga-bunga jambak ini kembang pada musim panas atau musim luruh berwarna putih atau sedikit biru, ungu atau merah muda bergantung kepada pH tanah. Tanah yang lebih berasid  menghasilkan bunga berwarna biru, manakala tanah berakli  akan menghasilkan bunga merah muda. Jenis bunga putih tidak bertukar warna.
 
Spesies ini menyukai tanah gembur, kaya lembapan tetapi mempunyai saliran yang baik di bawah cahaya matahari sederhana. Pembiakan secara keratan.
 

No comments:

Post a Comment