Friday, 30 May 2025

PERAYAAN SONGKRAN SAMBUTAN TAHUN BARU MASYARAKAT SIAM

 
Perayaan Songkran adalah sambutan tahun baharu masyarakat Siam yang dirayakan pada 13 April setiap tahun. Di Malaysia, Songkran dikenali sebagai festival air yang meriah, di mana masyarakat saling menyiram air sebagai simbol penyucian diri dan keberuntungan pada tahun yang baru.

Di samping memohon maaf dan restu dari ibu bapa serta orang tua pada hari Songkran, pengisian elemen kemeriahan lain juga diadakan semasa sambutan perayaan Songkran agar menepati cita rasa sebagai festival modern.

Tradisi pemilihan Ratu Songkran bukan hanya sebahagian dari pengisian kemeriahan dari perayaan air, tetapi juga memiliki legenda dan simbolik spiritual masyarakat Siam Malaysia yang ramai tidak menyedarinya.

Pada masa ini, biasanya sambutan hanya menampilkan patung atau gambar dewi Songkran yang mencerminkan warna pakaian dan simbol yang sesuai dengan harinya sebagai pengganti pengisian perayaan Songkran yang melambangkan Tahun Baharu Siam. Dan kepentingan Ratu Songkran ini semakin dilupakan.

Ratu Songkran adalah sosok dewi dalam mitos yang berkaitan dengan legenda Songkran. Setiap tahun, seorang Wanita sunti akan dipilih sebagai Ratu Songkran, yang melambangkan dewi yang akan menaungi perayaan bagi tahun tersebut.

Dalam kepercayaan tradisional masyarakat Siam, dewi ini disebut Thephi Songkran, yang merupakan salah satu dari tujuh puteri Dewa (Thep) Kabil Maha Phrom.

Menurut mitos, Dewa Kabil Maha Phrom pernah bertaruh dengan seorang pemuda bijak bernama Dhammaban. Oleh kerana beliau kalah dalam taruhan, sang Dewa Kabil Maha Phrom harus menyerahkan kepalanya.

Kepala Dewa Kabil Maha Phrom sangat sakti dan berbahaya jika jatuh ke tanah, langit, atau laut. Untuk menghindari kehancuran, ketujuh puterinya secara bergantian membawa kepala ayah mereka ke tempat suci.

Setiap tahun, puteri yang bertugas membawa kepala Dewa Kabil Maha Phrom dipercaya menjadi Ratu Songkran, dan setiap puteri memiliki pengenalan diri uniknya tersendiri.

Setiap tahun, Ratu Songkran yang berbeza muncul, bergantung pada hari dalam seminggu ketika Songkran dimulai. Jika Songkran disambut pada hari Ahad, maka yang muncul ialah Tungsa Devi dengan menaiki burung garuda. Sebaliknya, jika jatuh hari Isnin, Karaka Devi akan muncul menaiki harimaul.

Muncul dengan menaiki babi adalah Raksot Devi (Selasa), menaiki keldai adalah Montaha Devi (Rabu). Mankala jika jatuh pada hari Khamis, yang akan muncul adalah Kirini Devi dengan menaiki gajah. Kimita Devi pula muncul menaiki kerbau jika sambutan jatuh hari Jumaat. Menaiki merak pula adalah Mahotorn Devi sekiranya sambutan pada hari Sabtu.

Baca juga:
 

No comments:

Post a Comment