Umat Islam diingatkan supaya kembali kepada
al-Quran sebagai panduan utama dalam menghadapi pelbagai persoalan dan cabaran
kehidupan.
Al-Quran adalah penyelesaian muktamad bagi perbezaan yang mungkin timbul dalam kalangan umat Islam.
Setiap umat Islam wajib memahami isi
kandungannya dan mengamalkan pengajarannya dalam kehidupan seharian,
menjadikannya kompas sebenar untuk kehidupan.
Al-Quran adalah kitab suci yang penuh
dengan mukjizat. Ia harus dirasai semua, tanpa mengira pemahaman mereka terhadap
bahasa Arab.
Kecantikan dan panduan dalam al-Quran mesti
dikaji, dihayati dan diterapkan dalam tindakan serta amalan harian.
Sejak al-Quran diturunkan, ia telah
dipelihara dengan begitu rapi. Banyak penghafaz al-Quran setiap zaman bermula
zaman Rasullullah SAW lagi hinggalah ke hari ini.
Al-Quran juga dipelihara dalam bentuk
tulisan di mana pada peringkat awalnya banyak penulis al-Quran menghasilkan
mushaf. Dan selepas perkembangan teknologi, al-Quran dihasilkan dalam bentuk
percetakan.
Semua penjagaan al-Quran dalam bentuk
mushaf dan hafazan menjadi bukti yang kukuh bahawa al-Quran terpelihara dari
segala kesalahan dan kekurangan.
Ini bertetapan dengan firman Allah SWT yang
bermaksud: “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-zikr (Al-Quran), dan
Kamilah yang memelihara dan menjaganya”. (Surah al-Hijr, ayat 9)
Al-Quran dikatakan sebagai sebuah kitab
mukjizat kerana makahluk tidak akan mampu dan mustahil untuk mendatangkan
sebuah kitab semisal al-Quran sekalipun terdapat gabungan dan kesepakatan
antara seluruh manusia dan jin.
Sudah tentu perkataan makhluk tidak akan
boleh menyamai perkataan Yang Maha Pencipta, yang tiada tandingan dan tara.
Firman Allah SWT bermaksud: “Katakanlah
(wahai Muhammad) “Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun
demi mendatangkan sesuatu yang sebanding dengan Al-Quran , mereka tidak akan
mampu mendatangkannya walaupun mereka saling membantu”. (Surah Al-Isra, ayat
88)
Al-Quran adalah penyelesaian muktamad bagi perbezaan yang mungkin timbul dalam kalangan umat Islam.
No comments:
Post a Comment