Ratu Songkran bukan sekadar ikon kecantikan tetapi juga
lambang tradisi, spiritualiti dan kebanggaan warisan budaya yang memainkan
peranan penting dalam merayakan perayaan Songkran masyarakat Siam.
Pemilihan ratu dan dewi Songkran bukan sekadar pertandingan
kecantikan biasa, tetapi ia mempunyai makna budaya dan tradisional yang
mendalam. Ratu Songkran adalah satu elemen penting dalam perayaan Songkran.
Gadis yang dinobatkan sebagai Ratu Songkran mewakili kepercayaan dan amalan
dahulu.
Dalam kepercayaan tradisional, Ratu Songkran adalah mewakili Dewi Songkran. Maka itu, bukan semua wanita akan berpeluang dinobatkan sebagai Ratu Songkran. Hanya wanita yang mempunyai ketinggian karma yang mencukupi dalam kehidupan ini sahaja akan mampu dinobatkan sebagai Ratu Songkran.
Perayaan Songkran yang sebenar adalah berkaitkan dengan
pencarian Dewi Songkran, iaitu tujuh dewi mitologi yang mewakili hari-hari
dalam seminggu. Setiap tahun, salah seorang dewi ini dipilih berdasarkan hari
Maha Songkran jatuh, dan Nang Songkran sering dilihat sebagai perwakilan dewi
tersebut.
Gadis yang dinobatkan sebagai Ratu Songkran adalah sebagai simbol kemurnian dan keberkatan bagi tahun tersebut. Gadis yang terpilih sebagai Ratu dan Dewi Songkran akan diadakan perarakan dan berserta upacara memberi restu keagamaan pada hari Songkran.
Mereka membawa patung Buddha, yang kemudian disiram dengan
air sebagai simbol penyucian dan permulaan yang baik untuk tahun baru. Menurut
kepercayaan, kesemua Ratu dan Dewi Songkran ini akan sentiasa dilindungi dan
mempunyai nasib yang baik sepanjang hayat.
Dalam kepercayaan masyarakat Siam, gadis yang terpilih sebagai Ratu Songkran melambangkan keberuntungan, kemakmuran, dan kesuburan untuk tahun tersebut. Mereka juga dipercayai membawa kebaikan kepada masyarakat dan para dewa akan melindungi mereka daripada bencana.
Ratu Songkran bukan sahaja dipilih berdasarkan kecantikan luaran tetapi juga pengetahuan tentang budaya, adab, dan nilai tradisional budaya Masyarakat Siam. Mereka sering memakai pakaian tradisional yang anggun dan berwarna-warni, sebagai lambang keindahan seni budaya masyarakat Siam Malaysia.
Ratu Songkran adalah pengiktirafan tertinggi seorang gadis dari segi adab, kecantikan dan kesempurnaan seorang wanita. Pencarian Ratu Songkran adalah acara utama dalam perayaan Songkran pada zaman dahulu.
Pertandingan Ratu Songkran bukan hanya menarik minat masyarakat tempatan tetapi juga pelancong dari seluruh dunia.
Dalam kepercayaan tradisional, Ratu Songkran adalah mewakili Dewi Songkran. Maka itu, bukan semua wanita akan berpeluang dinobatkan sebagai Ratu Songkran. Hanya wanita yang mempunyai ketinggian karma yang mencukupi dalam kehidupan ini sahaja akan mampu dinobatkan sebagai Ratu Songkran.
Gadis yang dinobatkan sebagai Ratu Songkran adalah sebagai simbol kemurnian dan keberkatan bagi tahun tersebut. Gadis yang terpilih sebagai Ratu dan Dewi Songkran akan diadakan perarakan dan berserta upacara memberi restu keagamaan pada hari Songkran.
Dalam kepercayaan masyarakat Siam, gadis yang terpilih sebagai Ratu Songkran melambangkan keberuntungan, kemakmuran, dan kesuburan untuk tahun tersebut. Mereka juga dipercayai membawa kebaikan kepada masyarakat dan para dewa akan melindungi mereka daripada bencana.
Ratu Songkran bukan sahaja dipilih berdasarkan kecantikan luaran tetapi juga pengetahuan tentang budaya, adab, dan nilai tradisional budaya Masyarakat Siam. Mereka sering memakai pakaian tradisional yang anggun dan berwarna-warni, sebagai lambang keindahan seni budaya masyarakat Siam Malaysia.
Ratu Songkran adalah pengiktirafan tertinggi seorang gadis dari segi adab, kecantikan dan kesempurnaan seorang wanita. Pencarian Ratu Songkran adalah acara utama dalam perayaan Songkran pada zaman dahulu.
Perayaan Songkran di Malaysia mengekalkan warisan ini secara tidak
langsung membantu mempromosikan budaya masyarakat Siam serta menjadikan
Songkran lebih meriah dan berwarna-warni di Malaysia.
Pertandingan Ratu Songkran bukan hanya menarik minat masyarakat tempatan tetapi juga pelancong dari seluruh dunia.
Baca juga:
No comments:
Post a Comment