Wednesday, 23 March 2016

Khasiat kurma mampu turunkan tahap kolestrol

Salah satu cara hendak buang kolestrol jahat ialah dengan makan kurma. Bukan dengan makan sebiji telah hilang kolestrol jahat tu.  Kenalah amal secara berterusan. 

Tidak rugi amal makan kurma. Kurma sesuai dimakan oleh semua peringkat umur dan bila-bila masa. Kurma kaya dengan nutrisi yang baik untuk tubuh, malah ia mengandungi lebih banyak kalori dan karbohidrat.

Ia juga mengandungi vitamin, mineral dan serat serta antioksidan yang dapat menjauhkan anda daripada pelbagai penyakit berbahaya.

Sebab itu, amalan makan kurma perlu dilakukan sepanjang tahun dan bukannya hanya ketika berbuka puasa sahaja.

Kurma mengandungi nutrien penting seperti vitamin (A, B, C dan E), mineral, zat besi, potasium, magnesium, mangan, protein, serat, karbohidrat dan gula ringkas. 

Sumber serat yang besar, menggalakkan kesihatan pencernaan, dan juga telah didapati mampu membantu mencegah kanser tertentu seperti kanser kolon dan kanser perut. 

Kadar potasium yang tinggi dapat membantu menjaga tekanan darah yang sihat dan kadar magnesium yang tinggi bermanfaat untuk otot dan saraf. Kurma sangat baik untuk lelaki. 

Ia juga membantu melicinkan perjalanan darah, menghindari penyakit barah, merawat buah pinggang, mencuci hati dan membantu mengurangkan pengaliran darah semasa kelahiran.

Khasiat kurma:
- Membekalkan tenaga.
- Menurunkan tekanan darah.
- Mencegah angin ahmar.
- Melancarkan perjalanan darah.
- Mencerdaskan minda.
- Menguatkan urat rahim semasa proses kelahiran.
- Membantu memudahkan kelahiran bayi.
- Menghindar penyakit barah.
- Membantu proses penghadaman.
- Mencegah lemah otot.
- Mengurangkan sengal-sengal badan,
- Mencegah barah urus.
- Menambahkan tenaga seksual.
- Membantu proses tumbesaran.
- Menurunkan paras kolestrol dalam darah.
- Meningkatkan kesihatan jantung.
- Antivirus.
- Mengawal paras gula.
- Menguatkan tulang dan gigi.
- Antioksidan.
- Mencegah keradangan.

No comments:

Post a Comment