Laici
kang dianggap menu sihat kerana ada bahan-bahan yang diakui baik
untuk kesihatan. Sebab itu ada yang menjadikan menu penting dalam menjaga
kesihatan. Ada ibu yang menyusu anak menjadikan laici kang sebagai penggalak
untuk menghasilkan susu badan.
Bahan
asas laici kang juga dapat menyejuk badan, tambah-tambah lagi jika dicampurkan
dengan ais.
Biasanya
penggemar laici kang akan menikmatinya di restoran atau kedai makan.
Sebenarnya tidak susah hendak sediakan laici kang sendiri. Memasak atau
menyediakan laicikang semudah memasak menu lain asalkan ada bahan-bahan untuk
membuatnya.
Sebenarnya bahan membuat laici kang tidak semestinya 'lengkap'. Apa yang
penting ialah ada beberapa bahan yang biasa terdapat di dalam menu hidangan
laici kang. Ia mengikut citarasa atau bahan apa yang ada.
Kebaikan
atau faedah mengamalkan laici kang:
-
Mengatasi masalah badan panas.
-
Membantu penghadaman.
-
Menambah darah.
-
Mengatasi masalah insomnia.
-
Meningkatkan kesihatan kulit.
Dapatkan set bahan laici kang masak sendiri

No comments:
Post a Comment