Sunday, 18 May 2025

PROGRAM MALAYSIA MADANI BERSAMA MASYARAKAT SIAM

 
Program Malaysia MADANI Bersama Masyarakat Kaum Siam telah berlangsung meriah di Pejabat Perpaduan Daerah Tumpat. Program anjuran Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) Pejabat Perdana Menteri Negeri Kelantan ini disambut dengan penuh semangat oleh masyarakat Siam setempat.
 
Program ini dirasmikan oleh Ketua Pengarah AKM, Datuk Dr. Roslan bin Hussin, Turut hadir ialah Pengarah AKM Negeri Kelantan, Zuryati binti Zakaria.
 
Roslan dalam ucapannya menjelaskan bahawa masyarakat kaum Siam adalah sebahagian daripada jalinan bangsa Malaysia. Mereka yang hadir pada program tersebut dijadikan sebagai Sahabat Penggerak Madani (SPM) bagi mewakili kaum Siam. Ia adalah bukti prinsip keterangkuman dan perpaduan sentiasa dihayati dalam Masyarakat MADANI.
 
Komuniti Persatuan Siam Kelantan yang diketuai oleh Pemangku Pengerusi Persatuan Siam Negeri Kelantan, Prof. Aweng A/L Eh Rak memberikan kerjasama dan menyambut mesra program ini.
 
Sempena program tersebut diadakan dengan pengisian nilai kenegaraan dan budaya seperti Kuiz Kahoot Kenegaraan, Pertandingan Mewarna Malaysia MADANI, gubahan "Krathong", tarian tradisional Siam dan gedombak panjang.
 
Turut diadakan ialah Bual Bicara bersama Ketua Pengarah dengan komuniti kaum Siam.
 
Inilah wajah sebenar Malaysia MADANI yang mementingkan perpaduan dalam kepelbagaian, hormat dalam kebersamaan.

Baca juga:

No comments:

Post a Comment