Wednesday, 25 February 2026

KHASIAT TEH HIJAU

 
Teh hijau berasal daripada sejenis daun yang dinamakan camellia sinensis. Ia berasal dari Negara China dan dibawa hingga ke Jepun dan meluas hingga ke seluruh dunia.

Teh ini dapat tumbuh dengan baik di kawasan pergunungan beriklim sejuk. Tanaman ini berakar tunjang dengan banyak cabang setinggi 4 hingga 8 meter. Daun teh berbentuk bujur panjang dengan gerigi  halus pada pinggirnya.

Daun teh berwarna hijau manakala bunga teh berwarna putih dengan serbuk sari berwarna kuning.
 
Khasiat teh hijau atau green tea memang popular di kalangan penggemar teh yang inginkan manfaat lebih berbanding teh biasa.
 
Di Jepun teh hijau paling popular kerana mereka tahu khasiat teh tersebut. Dan teh mereka sedikit lain dari teh hijau yang ada di pasaran.

Texture yang halus berbentuk serbuk dan dibancuh dengan cara tradisi mereka membuatkan teh hijau lebih rasa sedap dan kaya dengan vitamin A, B1, B12,C, E , K dan mineral seperti kalsium dan zat besi.
 
Teh hijau harus disertakan dalam diet pemakanan seharian. Ia memiliki nutrien yang terbaik untuk kesihatan, sama ada golongan muda atau tua, lelaki atau perempuan.
 
Kebaikan yang kita boleh dapat dalam teh hijau:
- Antioksida yang mampu mengurangkan lemak atau kolestrol dalam badan.
- Menjaga tekanan darah. 
- Merawat batuk
- Menguatkan sistem kekebalan tubuh melawan penyakit
- Kaya dengan EGC iaitu antioksida yang kuat. 
- Mencegah penyakit kardiovaskular
- Menghilangkan stress dan menolong mengendurkan saraf
- Boleh mencegah penyakit demensia dan amnesia
- Meredakan gangguan seperti tidak boleh tidur dan gelisah
- Kulit menjadi cantik, bersinat dan rambut sihat.
- Baik untuk mengubati dan mencegah osteoporosis. 
 
Dapatkan teh hijau      

No comments:

Post a Comment