UMNO kembali mendapat sokongan akar umbi. Aktiviti di
peringkat cawangan, pusat daerah mengundi (PDM) kawasan dewan undangan negeri
(DUN) dan bahagian kembali aktif biarpun tidak seperti ketika UMNO berkuasa
dahulu.
Untuk kekal memacu kekuatan dan menarik sokongan lebih
banyak. seluruh ahli UMNO perlu menjauhi sikap perpecahan. Sikap tersebut
menjadi barah dan racun dalam UMNO yang perlu dibuang.
Memang, dalam politik masing-masing ada pendapat dan
pandangan. Ada yang sentiasa meletakkan dia yang terpaling banyak menyumbang,
terpaling tular, terpaling betul dan macam-macam lagi.
Ada juga yang hendak tunjuk marah, dengki, sinis serta dendam. Tetapi yang hairannya
semuanya marah kepada presiden, marah kepada parti UMNO. Sikit-sikit salah
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Perkara yang tiada kaitan dengan UMNO dan Ahmad Zahid pun ditujukan salah
mereka. Yang mendengar pula mempercayai atau menerima sahaja tuduhan itu.
Mereka tidak guna otak. Tidak selidik tentang lojiknya perkara itu.
Memang sakit orang poltik ini telah kronik. Banyak sangat toksid politik yang
dicipta setiap hari. Otak dan pemikiran mereka telah tepu dengan pemikiran
jumud. Sikap taasub telah menguasai diri sehingga hanya diri sendiri sahaja
betul. Orang lain semua salah.
Masih ada pemimpin dan ahli tidak selari dengan presiden. Mereka masih tidak
ambil pengajaran dengan dua kekalahan teruk pada dua PRU dahulu.
Sikap masih bertelagah antara sesama sendiri semata-mata disebabkan orang lain
tidak mengikut apa yang mereka ingini perlu dibuang jauh-jauh.
Cukuplah bersengketa sesama sendiri. Lihat sahaja yang kini kononya masih UMNO
tetapi zahirnya mahukan PN berkuasa. Mereka semua ini lupa daratan bagaimana
UMNO diperkotak-katikan. Berapa lama lagi mereka mahu menjadikan parti ini
sebagai “punching bag” yang tiada kesudahan.
Inilah masanya seluruh ahli UMNO di semua peringkat bersama-sama berganding
bahu untuk memperkuatkan UMNO. Kena kuatkan kuda-kuda. Kukuhkan jati diri.
Kuatkan cita-cita ingin membela Islam dan Melayu melalui wadah UMNO.
Jauhkan sikap bermuka-muka. Jangan turutkan kata-kata musuh politik yang siang
dan malam meratib salahkan UMNO.
Gambar sekadar hiasan.

No comments:
Post a Comment