Wednesday, 22 April 2026

TRANSFORMASI STRUKTUR EKONOMI

 
Kerajaan Terengganu perlu melakukan transformasi struktur ekonomi untuk mengurangkan kebergantungan pendapatan kepada hasil royalti petroleum yang tidak menentu.

Antara yang perlu dilakukan ialah merangka strategi daripada pengeksport bahan mentah kepada aktiviti pembangunan produk hiliran selari dengan strategi dalam Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 yang dilancarkan oleh Kerajaan Persekutuan.

Dengan mewujudkan ekosistem industri hiliran, Terengganu akan dapat mengukuhkan rantaian nilai ekonomi negeri melalui penghasilan produk, peluang pekerjaan dan penjanaan pendapatan negeri yang lebih stabil.

Pembangunan kluster industri hiliran juga akan menarik pelaburan bernilai tinggi dan mempercepatkan pertumbuhan ekonomi berasaskan inovasi, sekali gus menjadikan Terengganu sebagai negeri yang mampan dan berdaya saing menjelang 2030, selaras dengan matlamat Transformasi Ekonomi Baru Terengganu (TNEXT).

No comments:

Post a Comment