Wednesday 8 September 2021

KAIN PELEKAT JENAMA TERKENAL

 
Kain pelekat dipercayai diperkenalkan ke Tanah Melayu pada zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang dari Palaiyakat (kawasan di timur laut Tamil Nadu, India). 
 

Antara barang dagangan mereka yang mendapat permintaan ialah kain berwarna putih. Kain itu dipanggil kain pelekat sebagai mengambil nama asal pedagang yang menjualnya.

Kain pelekat terus mendapat sambutan di kalangan lelaki di negara kita. Ia dipakai ketika pergi ke masjid, berada di rumah, mahupun melakukan aktiviti lain, mengikut kesesuaian. 

Banyak jenama kain pelekat terkenal dipasarkan di negara kita. Antaranya jenama Mangga, Gajah, Wadimor dan Atlas. Setiap jenama pula mempunyai beberapa versi berbeza.

Antara ciri pelekat pilihan ialah selesa dipakai, tidak panas, lembut, tidak jarang dan corak yang menarik. 

PELEKAT MANGGA NUR AJUNG

No comments:

Post a Comment