Pulau Renjuna terletak di daerah Tumpat. Nama Pulau Renjuna merujuk kepada satu pulau. Manakala nama Pulau Teluk Renjuna adalah salah satu kampung di Pulau Renjuna. Mukim Teluk Renjuna pula adalah satu pentadbiran untuk satu kawasan masjid mukim yang dibenarkan untuk mendirikan solat Jumaat. Mukim Teluk Renjuna merangkumi pulau-pulau lain yang berada berhampiran.
Untuk berkunjung ke Pulau Renjuna perlu menaiki bot melalui
Jeti Kok Majid, Tumpat ataupun Jeti Kuala Besar, Kota Bharu.
Pulau Renjuna merupakan salah satu daripada 33 pulau yang terdapat di delta Sungai Kelantan
sebelah jajahan Tumpat. Namun, daripada 33 pulau itu, hanya 13 pulau yang
didiami, termasuk Pulau Renjuna.
Pulau
lain yang didiami ialah Pulau Seratus, Pulau Beluru, Pulau Suri, Pulau Haji Nik Mat, Pulau Tongkang dan beberapa pulau lain.
Di
Pulau Renjuna penduduknya paling banyak berbanding dengan pulau-pulau lain.
Masa
menaiki bot dari Jeti Kok Majid ke Jeti Pulau Teluk Renjuna mengambil masa kira-kira 5 minit.
Kanak-kanak
di Pulau Renjuna bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Pulau Beluru dan
bersekolah menengah di beberapa sekolah menengah di jajahan Tumpat mahupun Kota
Bharu.
Suasana
di Pulau Renjuna damai dengan suasana kampung tanpa kenderaan, kecuali
kedengaran enjin bot dan motosikal.
Hubungan
sesama penduduk amat harmoni, saling menghormati dan bantu membantu antara satu
sama lain.
Pulau Renjuna adalah salah satu pengeluar utama kelapa di Kelantan.
Penduduk
Pulau Renjuna mendapat bekalan elektrik sepenuhnya dari TNB dan sumber air
bersih dari Syarikat Air Kelantan Sendirian Berhad.
Di Pulau Renjuna terdapat Klinik Kesihatan Teluk Renjuna. Terdapat juga satu tarikan ke Pulau Renjuna iaitu Pasar Terapung Sri Tanjung. Satu lagi pasar terapung berhampiran ialah di Pulau Pantai Suri yang dikenali Pasar Terapung Pantai Suri.
Liputan
internet juga dinikmati penduduk kampung disediakan syarikat
telekomunikasi.
Dengan
kata lain, penduduk Pulau Renjuna tidak tersisih dari segi kemudahan awan,
kecuali tidak dihubungi melalui jalan darat dari tanah besar.
No comments:
Post a Comment