Monday, 12 October 2026

KOMANDER REJ 503 AW

 
Komander Rej 503 AW. Leftenan Kolonel Datuk Prof. Ts. Dr. Zaliman bin Sauli mengambil alih tugas sebagai Komander Rejimen 503 Askar Wataniah (Rej 503 AW) daripada Brigedier Jeneral Syed Nasir bin Sayed Mahadi.

Perbarisan serah terima tugas telah berlangsung pada 25 September 2026 di Padang Kawad Rejimen 503 Askar Wataniah, Kem Jalan Tambun, Ipoh, Perak.

Perbarisan melibatkan 12 pegawai dan 105 anggota lain-lain pangkat (LLP) yang diketuai Pegawai Memerintah Batalion Ketiga Rej 503 AW, Leftenan Kolonel Ahmadi bin Ahmad Hanapiah.

Majlis penuh istiadat ketenteraan itu disaksikan oleh Panglima Briged Kedua Infantri Malaysia, Brigedier Jeneral Datuk Mohd Rosli bin Abu Bakar.

Zaliman merupakan Naib Chanselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Catatan - Komander Siri 500 adalah orang awam, bukan pegawai tetap.

 Gambar - Zaliman (kanan) dan Syed Nasir (kiri)