Sunday 3 November 2019

BANGSA MELAYU JIWA LEMBUT


Bangsa Melayu itu adalah bersifat ikhlas, lemah lembut, lunak, berperibadi sopan. Nampak macam garang, tetapi di dalam hati ada taman.

Mereka memiliki kehormatan yang sopan, menguasai pembaikan pertukangan, menerima pemodenan teknologi, mereka memperoleh pendidikan dan ilmu pengetahuan serta kecemerlangan kefahaman padanya.

Agaknya, sebab itu Melayu mudah dijadikan mangsa. Mudah kasihan dan menyerah hak kepada orang lain. Mudah mengikut dan terikut-ikut dengan kehendak orang lain.

Sejarah mencatatkan bahawa Bahasa Melayu adalah satu bahasa yang paling ringan dan mudah berbanding daripada bahasa-bahasa penduduk wilayah-wilayah yang dikenali Asia Tenggara itu.

Sebab itulah kebanyakan orang Hijaz atau Arab menggunakan Bahasa Melayu dalam pergaulan dengan bangsa-bangsa tersebut, yang berlainan bahasa mereka dengan bahasa Melayu.

Namun, mereka yang sememangnya ingin merampas hak Melayu awal-awal lagi tidak ikhlas ingin mempelajari Bahasa Melayu. Biarpun berpuluh tahun tinggal di Tanah Melayu, mereka tidak fasih atau lebih menggunakan lenggok bahasa ibuanda mereka ketika berbahasa Melayu.

Perhatikan, mereka yang ada sikap khianat terhadap bangsa Melayu sebenarnya tidak fasih berbahasa Melayu.

Cina Kelantan amat akrab dengan Melayu kerana mereka berbicara dalam dialek Kelantan atau Melayu Kelantan.

Benarlah kata pujangga; Bahasa Jiwa Bangsa.

No comments:

Post a Comment