Monday 14 October 2024

PULAU KAPAL PERANG, NAGASAKI

 
Pulau Hashima, terletak di luar pantai Nagasaki, Jepun. Ia dibangunkan untuk menyokong dan kemudahan aktiviti perlombongan arang batu pada tahun 1887. Menjelang awal abad ke-20, pulau itu menjadi padat dengan penduduk.
 
Disebabkan keluasan pulau yang sempit, pekerja yang tinggal di pulau tersebut seperti terkurung yang menghadkan pergerakan dan aktiviti.
 
Garis luar pulau dan bangunan konkrit yang kelihatan dari atas seperti kapal perang, menyebabkan pulau itu mendapat jolokan nama sebagai Pulau Kapal Perang atau “Gunkanjima”.
 
Selepas Perang Dunia II, pulau itu terus berkembang maju untuk memenuhi keperluan bekalan arang batu. Bagaimanapun, apabila kebanyakan kuasa industri di Jepun telah beralih kepada kuasa petrolium, permintaan terhadap arang batu berkurangan.
 
Akibat kekurangan permintaan terhadap arang batu, lombong tersebut telah ditutup pada tahun 1974. Ia ditinggalkan tidak lama selepas itu, tetapi pada tahun 2015, ia menjadi Tapak Warisan Dunia UNESCO, memelihara sejarahnya sebagai simbol perindustrian Jepun.

No comments:

Post a Comment