Peluang makan durian tidak selalu. Pertamanya kerana ia buah
bermusim. Kedua harga yang mahal membuatkan banyak orang sekadar dapat lihat
dan hidu bau. Ada juga individu tidak dapat makan durian kerana masalah
kesihatan.
Ada ketikanya peluang makan durian datang macam makan nasi.
Boleh makan bila-bila masa kerana bekalan tidak terhad. Boleh makan sebagai
sarapan pagi, makan pagi, makan tengah hari, makan petang dan makan malam.
Sepanjang hari boleh makan durian.
Peluang seperti ini bukan semua orang dapat, melainkan pemilik kebun dan
penjual durian. Sebab itu peluang ini tidak dilepaskan.
Buah durian kaya dengan nutrien, namun pengambilannya secara
berlebihan boleh memudaratkan.
Durian tinggi kandungan gula boleh meningkatkan kesan risiko
berkaitan diabetes.
Kandungan potasium yang tinggi berbahaya kepada pesakit buah
pinggang kronik dan memberi kesan kepada fungsi jantung.
Paras potassium yang tinggi dalam darah boleh menyebabkan
gangguan kepada ritma jantung dan boleh membahayakan nyawa pesakit.
Durian mengandungi 11 jenis alkohol di mana kandungannya mungkin
boleh meningkatkan tekanan darah pesakit hipertensi dan apabila berlaku akan
menyebabkan gangguan kadar denyutan jantung, sekali gus mungkin mendapat
serangan kepada jantung secara tiba-tiba.
Sekiranya tekanan darah dan serangan jantung serentak, ia
mungkin boleh menyebabkan kematian.
Secara tuntasnya, durian boleh memberi manfaat kepada
kesihatan jika diambil dalam kuantiti sederhana, sebaliknya memudaratkan serta
mendatangkan komplikasi jika dimakan secara tidak terkawal.

No comments:
Post a Comment