Tidak
disebut dalam mana-mana ayat al-Quran dan hadis menyuruh umat Islam menjaga
agama lain. Apa yang diperintahkan ialah jangan hina dan cerca sembahan agama
lain. Orang Islam mesti membenarkan orang bukan Islam mengamalkan kepercayaan
mereka. Umat Islam diarahkan agar tidak memaksa penganut agama lain menerima Islam
atau menganut agama Islam. Tiada paksaan orang bukan Islam menerima Islam.
Maqasid
syariah diperkasakan oleh para ulama bagi memastikan keselamatan untuk menjaga
agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Biarpun menetapkan lima gagasan dalam
maqasid syariah, hakikatnya ia hanya berpaksi kepada satu iaitu agama. Apa
sahaja yang dipiagamkan berkaitan kehidupan manusia adalah berkaitan agama atau
peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah.
Penjagaan
ataupun pemeliharaan agama yang disebut oleh para ulama maqasid syariah adalah
merujuk kepada agama Islam. Oleh itu dari sudut siyasah syariah pemerintah
negara Islam tidak mempunyai sebarang tanggungjawab menjaga agama lain. Bukan muslim
boleh mengamalkan agama mereka secara bebas selagi mana tidak menggugat
kedudukan agama Islam.
Sesungguhnya
penjagaan Islam adalah tanggungjawab muslim dan agama lain pula tanggungjawab
penganut agama lain. Firman Allah SWT bermaksud: "Bagi kamu agama kamu,
dan bagiku agamaku." (Surah al-Kafirun, ayat 6).
Allah
SWT hanya mengiktiraf Islam sebagai agama yang diredai dan benar. Firman Allah
dalam surah Ali Imran ayat 85 bermaksud: "Sesungguhnya agama (yang benar
dan diredai) di sisi Allah ialah Islam."
Manakala
dalam surah an-Nisa ayat 139 pula bermaksud: "(Orang-orang munafiq) ialah
orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan
meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang
munafiq) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana
sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah,
(diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya).
Ibn
Taimiyyah menegaskan bahawa maqasid syariah yang paling tinggi adalah menjaga
agama iaitu menjadikan Allah Tuhan yang disembah dan tidak ada manusia yang
mensyirikkannya. Ini kerana hanya agama Islam adalah agama yang diredai Allah.
(Majmu’ Fatawa, 2/13).
Sheikh
al-Khadimi pula menyatakan bahawa maksudkan menjaga agama adalah memperkukuhkan
hukum-hukum agama (Islam) kepada manusia dan kehidupan alam ini serta melakukan
amalan untuk menjauhkan sesuatu dari apa yang bertentangan dengan agama Allah
seperti bidaah dan kekufuran. (Ilm al-Maqasid al-Syar’iyyah, Nuruddin
al-Khadimi).
Bagi
al-Imam al-Syatibi pula menyatakan bahawa maksud menjaga agama adalah memperkasakan
rukun-rukun agama Islam serta hukum-hukumnya yang ada”. (al-Syatibi,
al-Muwafaqat)
Manakala
Sheikh al-Munajjid menegaskan bahawa dalam menjaga agama, seorang Muslim
seharusnya menekankan perihal agama yang diredai Allah itu sendiri.
Menghormati
hak orang lain untuk beragama adalah ruang toleransi yang diletakkan di dalam
hubungan kita sesama Muslim. Tetapi asasnya bagi seorang Muslim itu adalah
menekankan soal menjaga, memelihara dan memperkukuhkan agamanya sendiri.
No comments:
Post a Comment