Tanah
Merah, Kelantan. Adalah nama bagi jajahan dan bandar. Jajahan ini mempunyai keluasan 867.6 km persegi. Di dalamnya menempatkan tiga daerah iaitu Ulu Kusial, Jedok dan Bukit Panau. Manakala setiap daerah tersebut dipecahkan kepada kampung. Bandar Tanah Merah terletak kira-kira 45 kilometer dari bandar Kota Bharu iaitu ibu negeri Kelantan.
Menurut
sejarah, nama Tanah Merah adalah diambil daripada warna tanah merah iaitu sejenis tanah laterit yang kedudukannya memanjang di tepi tebing Sungai Kelantan yang terletak di Kampung Tok Cho Bor (jajahan Tanah Merah), bertentangan dengan Kampung Sat (jajahan Machang).
Penduduk
Kampung Sat memanggil orang yang tinggal di Kampung Tok Cho Bor sebagai "Orang Tanah Merah".
Penduduk
dari Kampung Tok Cho Bor dan Kampung Sat kemudian telah membuka satu
perkampungan baharu di Kampung Gali sekarang ini. Tanah di sini juga kelihatan kemerah-merahan.
Mengambil nama "Orang Tanah Merah" yang merujuk kepada orang Kampung Tok Cho Bor yang membuka kampung baharu itu dan ditambah pula tanah di kawasan tersebut yang berwarna merah, maka kawasan yang baharu diteroka itu dikenali dengan nama Tanah Merah.
Nama Tanah Merah kemudian terus terkenal, tetapi kawasan itu telah menjadi rujukan nama kepada kawasan bandar Tanah Merah sekarang ini yang terletak di Bukit Remoh. Maksudnya ada berlaku perpindahan kedudukan tempat yang dinamakan Tanah Merah.
Nama Tanah Merah kemudiannya digunakan sebagai nama jajahan. Jajahan
Tanah Merah ditubuhkan pada 2 Februari 1955. Dengan tertubuhnya jajahan ini maka
wujudlah Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah yang dikenali sebagai Majlis Tempatan Tanah Merah
pada ketika itu.
Dalam
masa dua tahun kemudian pejabat ini telah ditukar nama menjadi Pejabat Tanah
dan Jajahan Tanah Merah dan ia kekal sehingga ke hari ini.

apakah anda ingin memiliki bisnis sendiri? atau memiliki rumah pilihan Anda? pedro jerome menawarkan pinjaman 2 tingkat dengan pembayaran pinjaman yang fleksibel sesuai dengan pinjaman individu dan hak internasional, pinjaman saya diberikan dengan sekejap mata ketika saya mengajukan $800,000.00 untuk memperluas bisnis pakaian saya jadi saya akan menyarankan siapa pun di sini mencari bantuan keuangan untuk menghubungi pedroloanss@gmail.com atau whatsapp nomornya di +18632310632. semoga beruntung.
ReplyDelete