Mengunyah makanan adalah penting supaya
makanan yang kita makan dapat dihadam dengan baik. Hidangan makanan sepatutnya
dinikmati ketika kita sedang duduk, dalam suasana yang tenang supaya makanan
dapat dikunyah secukupnya.
Mengunyah adalah langkah pertama untuk
makanan dihadam. Makanan yang dikunyah membantu perut untuk memprosesnya dengan
memecahkannya dari ketulan besar kepada yang lebih kecil.
Mengunyah juga meningkatkan rembesan air
liur yang membantu ketulan makanan ditelan dengan mudah melalui proses
peristalsis di esofagus.
Sekiranya makanan tidak dikunyah dengan
betul, ketulan makanan yang besar itu memasuki sistem penghadaman dan
menyebabkan simptom seperti sebu, kembung bak cakap orang kita, pening, loya
dan sembelit. Malah kita boleh terasa macam letih dan lesu.
Lagi banyak kali kita mengunyah, lagi
banyak enzim yang terlibat dalam proses pencernaan. Dengan adanya enzim ni
dengan cukup banyak, makanan yang dimakan boleh dipecahkan kepada saiz yang lebih
kecil.
Dengan mengunyah juga, asid hidroklorik di
dalam perut yang turut membantu makanan dicernakan.
Dengan memecahkan makanan menjadi partikel
yang kecil bermakna penyerapan nutrisi termasuklah vitamin dan mineral di dalam
usus menjadi lebih mudah.
Lagi banyak kali kita mengunyah makanan
kita, lebih lama masa yang diambil untuk kita habiskannya. Secara amnya, dalam
masa lebih kurang 20 minit waktu kita makan, otak kita akan menghantar signal
kepada perut sebagai tanda yang sebenarnya kita sudah kenyang. Maka, bila kita
makan perlahan-lahan, dapatlah kita mengawal kuantiti makanan kita supaya tidak
terlebih dari sepatutnya.
Mengunyah makanan meningkatkan rembesan air
liur yang mengandungi sejenis hormon Epithelial Growth Factor yang membantu
pertumbuhan dan pembaikan tisu epitelial yang seterusnya menjadikan lapisan
usus kita sentiasa dalam keadaan baik.
Partikel makanan yang tak dicernakan dengan
betul boleh menyebabkan pembiakan bakteria yang berleluasa di usus besar.
Bakteria ni bila mencernakan makanan, ia sebenarnya adalah proses fermentasi
yang hujungnya gas terhasil. Itulah sebabnya kita mengalami seperti kembung.
Orang kita kata masuk angin gitu. Bukannya angin yang masuk, tapi ia adalah gas
daripada kegiatan bakteria dalam usus besar.
Kesimpulannya, berapa kali sepatutnya nak
dikunyah makanan untuk penghadaman yang bagus? Bergantung pada jenis makanan. Secara
amnya 32 kali.
Makanan yang lebih susah hendak dikunyah,
macam ketulan daging atau kekacang keras, yang penuh mulut, dalam 40 kali. Tapi
buah yang lembut, 5 - 10 kali pun sudah cukup.
Oleh – Rusyainie Ramli
Gambar suro sekadar hiasan
No comments:
Post a Comment