Thursday, 8 August 2024

MENARA GADING BERMAKSUD TETEK PEREMPUAN

 
Maksud "menara gading" bahasa Melayu lama. Kontroversi maksud simpulan bahasa "menara gading" yang bermaksud "tetek perempuan" atau "payu dara perempuan seperti disiarkan menerusi sebuah buku terbitan tempatan dipercayai merujuk kepada istilah Melayu lama.

Simpulan bahasa itu pernah digunakan bagi merujuk payu dara dalam Hikayat Hang Tuah. Bagaimanapun, istilah itu tidak sesuai digunakan kini kerana menara gading merujuk kepada universiti. 

Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, menara gading bermaksud keadaan atau kedudukan yang tersisih daripada keadaan hidup sehari-hari (masalah sebenar yang dihadapi dsb); b) pusat pengajian tinggi (seperti universiti).

No comments:

Post a Comment