Saturday, 10 October 2026

MASJID KAMPUNG FIKRI, SETIU

 
Masjid Kampung Fikri. Masjid dinamai menggunakan nama kampung ini merupakan masjid kariah yang terletak di Permaisuri, Setiu, Terengganu.

Jarak dari bandar Permaisuri dan Kuala Terengganu masing-masing sejauh 18 kilometer dan 70 kilometer.

Struktur asal bangunan masjid ini dahulunya diperbuat daripada kayu yang dipindahkan secara gotong royang dari Kampung Payang pada tahun 1962.

Ketika itu Kampung Fikri baru dibuka bagi menempatkan penduduk dari Kampung Payang yang mengalami hakisan pantai yang teruk akibat ombak. Kini Kampung Payang tidak wujud lagi kerana kawasan asal telah menjadi sebahagian kawasan laut.

Kawasan petempatan baharu ini dinamakan sempena nama Menteri Besar Terengganu, Tan Sri Ibrahim Fikri yang meluluskan pemberian tanah seluas satu ekar kepada setiap keluarga dan turut diberi papan kayu untuk membina rumah.

Selari dengan perubahan masa dan pertambahan penduduk, bangunan asal masjid tidak lagi mampu menampung jemaah yang semakin banyak dan ditambah pula bangunan yang uzur, bangunan itu telah dinak taraf dengan yang baharu.  

Pada tahun 2018, Kerajaan Negeri Terengganu telah meluluskan peruntukan sebanyak RM3 juta untuk menaik taraf bangunan masjid ini.

Perasmian masjid baharu ini telah disempurnakan secara rasmi pada 3 Mac 2023 oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Sultan Mahmud.

Bangunan utama masjid itu mampu menampung kira-kira 500 orang jemaah pada satu-satu masa.

Turut dibina ialah empat unit rumah untuk petugas masjid.

Masjid yang dibina amat mesra orang kelainan upaya (OKU) dan golongan tua yang memerlukan penggunaan kerusi roda yang mana terdapat laluan khas untuk kerusi roda, selain terdapat tandas untuk OKU.


No comments:

Post a Comment