Thursday, 8 October 2026

SEKOLAH KEBANGSAAN KUNDASANG

 
Sekolah Kebangsaan Kundasang (SK Kundasang). Sekolah terletak di pekan tanah tinggi Kundasang, Ranau, Sabah yang terkenal dengan pemandangan berlatar belakang Gunung Kinabalu.

Sejarah sekolah yang terletak di "lembah" dengan persekitaran damai dan menarik ini bermula pada tahun 1955, ketika Sabah yang ketika itu dikenali Borneo Utara yang ditadbir oleh Kerajaan Kolonial British sebagai sebuah Tanah Jajahan Mahkota British (British Crown Colony).

Terletak di Jalan Kundasang Kauluan, sekolah tersebut menjadikan Rajin Usaha Jaya sebagai moto yang dipegang sebagai azimat oleh seluruh warga pendidik dan pelajarnya yang berpaksikan kepada rajin dan berusaha untuk mencapai kejayaan.

Sehingga 2026, sekolah yang mempunyai sekitar 500 orang pelajar tersebut telah ditadbir oleh 16 orang guru besar. Pada 2026, terdapat 48 orang guru menabur bakti di sekolah berkenaan.  

SK Kundasang telah dipilih sebagai sekolah angkat pertama dalam penilaian Kinabalu UNESCO Global Geopark (KUGGp) pada Julai 2022 dan terus aktif menyokong program geopark tersebut.

Berada di kawasan Taman Negara Kinabalu memberi inspirasi kepada pelajar-pelajar di sekolah tersebut untuk menghargai keindahan alam sekitar dan merasai keunikan yang tidak dimiliki oleh sekolah-sekolah lain.

Taman Negara Kinabalu merupakan satu daripada taman negara pertama di Malaysia pada tahun yang ditubuhkan 1964.

Pada tahun 2000 pula, Taman Negara Kinabalu diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia pertama Malaysia yang diiktiraf oleh UNESCO kerana 'nilai sejagatnya yang luar biasa'.

 


No comments:

Post a Comment