Tuesday 3 September 2024

CADANGAN TUN MAHATHIR DIBANTAH

 
Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis menubuhkan sebuah syarikat dinamakan SG4 Sdn Bhd bagi berkongsi kekayaan dan mengagihkan hasil kepada empat-empat negeri itu secara saksama.
 
Penasihat SG4, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, menerusi syarikat tersebut, setiap negeri di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN) itu akan memiliki saham dan ekuiti yang sama.
 
Setiap negeri memiliki 25 peratus saham syarikat tersebut dan ia bagi memastikan negeri yang ketinggalan jauh seperti Perlis, juga mendapat hasil yang sama seperti negeri lain.
 
Ketika ditanya aspek ekonomi yang akan menjadi tumpuan syarikat tersebut, Dr Mahathir menegaskan elemen nadir bumi (REE) antara yang akan diberi perhatian.
 
Industri nadir bumi ini satu punca kekayaan. REE ini bukan ada sama rata di setiap negeri, satu negeri mungkin lebih daripada negeri lain. Justeru dalam satu syarikat ini dapat diagih segala hasilnya secara saksama.
 
Cadangan itu memang baik iaitu berkongsi hasil di antara negeri. Persoalannya, adakah ia akan dipersetujui  di kalangan rakyat? Mungkin di kalangan pemimpin bersetuju kerana ada agenda tertentu.
 
Sebagai contoh, sudah ada kedengaran “protes” daripada rakyat Terengganu melalu satu laman di Facebook. Penulis yang menggelarkan dirinya “admin” mencatatkan:
 
Admin merayu kepada kepimpinan kerajaan negeri agar tidak menerima cadangan tersebut. Jika dibahagikan sama rata, maka kemungkinan besar hasil bumi kita terpaksa diserahkan kepada negeri lain.
 
Sedangkan hasil negeri kita sendiri pun tidak cukup dan memerlukan dana petroleum untuk memenuhi keperluan operasi kerajaan.
 
Sebelum ini kita kerap mengeluh bilamana hasil minyak Terengganu dibahagikan kepada negeri-negeri lain. Tetapi hasil petroleum ini adalah diluar kawalan kita atas sekatan undang-undang persekutuan. Jadi mengapa pula hasil nadir bumi yang tiada sekatan undang-undang ini boleh pula kita agih kepada negeri lain?
 
Pembahagian sama rata juga sebenarnya tidak adil untuk negeri-negeri besar. Bajet Terengganu adalah lebih 6 kali ganda berbanding Perlis. Maka negeri kita sudah tentu memerlukan lebih banyak hasil berbanding negeri itu
 
Bagaimana pula nanti sekiranya negeri lain jatuh kepada parti yang tidak sama dengan parti yang memerintah Terengganu? Adakah ketika itu syarikat ini akan dibatalkan? Berapa banyak pula pampasan ketika itu yang perlu negeri kita tanggung?
 
Jesteru admin mohon untuk perhalusi kembali cadangan Tun Mahathir. Admin setuju kepakaran perlu dikongsi, tetapi hasil negeri biarlah kekal dinikmati oleh rakyat negeri masing-masing.

No comments:

Post a Comment