Hiking
Bukit Panau biasanya melalui jalan bertar atau bersimen yang digunakan oleh kenderaan
syarikat pengendali menara pemancar telekomunikasi yang terletak di pucak.
Sejak
hiking Bukit Panau menjadi tular di media sosial dan pengunjungnya bertambah, satu
laluan 'off road' atau denai telah dirintis yang menjadi pilihan pendaki yang ingin keadaan
sebenar hiking di dalam hutan.
Biarpun
'off road', laluan trek itu sudah 'bersih' dan hiking dapat dilakukan dengan mudah.
Pendaki
juga tidak berdepan dengan 'perang psikologi' kerana tidak melihat jauh ke hadapan
yang mungkin boleh melemahkan semangat. Berbanding melalui jalan bertar, anda akan
melihat jalan yang masih jauh dan tinggi perlu dilalui.
Dengan
memilih laluan ini, pendaki dapat merasi susana lebih semulajadi dan sejuk kerana
ditutupi dengan dedaun pokok.
No comments:
Post a Comment