Tuesday 26 November 2019

PERATURAN UMUR MINIMA BOLEH BERKAHWIN


Berapa usia minima lelaki atau wanita boleh berkahwin?Persoalan ini sering menerjah minda terutama apabila ada kes kahwin muda, kedua-duanya muda atau salah seorang sahaja. 

Tiada ayat Quran dengan jelas menjelaskan umur minima lelaki mahupun perempuan untuk berkahwin. 

Dalam ayat al-Quran hanya disebut ‘balagh an nikah’ atau ‘cukup umur untuk berkahwin’ tanpa menyebut berapa umur.

Firman Allah SWT dalam surah an Nisa ayat 6 yang bermaksud: “Dan ujilah anak yatim itu sampai mereka cukup umur untuk kawin. Kemudian jika menurut pendapatmu mereka telah cerdas (pandai memelihara harta), maka serahkanlah kepada mereka harta-hartanya.

Ada pihak merujuk kepada umur Siti Aisyah ketika berkahwin dengan Rasulullah SAW sebagai penanda aras kebenaran berkahwin dengan kanak-kanak.  

Riwayat dari Hisham bin Urwah, daripada Aisyah, bahawa beliau berkata: “Rasulullah SAW telah menikahiku ketika umurku enam tahun dan baginda SAW telah bersamaku ketika umurku sembilan tahun”. (Riwayat Muslim, no. hadis 2547)

Dalam hadis lain maksudnya: “Nabi SAW telah menikahiku ketika umurku enam tahun”. (Riwayat al-Bukhari, no. hadis 3605)

Kedua-dua hadis itu adalah termasuk dalam himpunan hadis sahih tokoh hadis, Muslim dan Bukhari. 

Namun, hadis berkenaan tidak secara khusus menyatakan berapa sebenar umur minima untuk berkahwin.

Dengan kata lain, tiada secara jelas berapakah umur minima untuk berkahwin yang ditetapkan dalam Islam.

No comments:

Post a Comment