Monyet menjadi musuh kepada petani.
Banyak hasil tanaman yang dirosakkan oleh monyet sehingga petani menanggung kerugian
yang besar.
Kalau setakat makan, mungkin
kerugian tidak berapa besar sangat. Namun, sikap monyet biasanya mengambil dan merosakkan
buah tanpa dimakan.
Usaha menghalau monyet biasa
sukar dilakukan. Disebabkan, sudah biasa dengan keadaan sekeliling, termasuk manusia,
monyet hanya melarikan diri tidak jauh dari kawasan tanaman. Jika petani meninggalkan
tempat itu, maka monyet akan datang kembali.
Penggunaan khidmat anjing untuk
menghalau monyet juga tidak membuahkan hasil. Malah monyet seakan-akan mempermankan
kehadiran anjing.
Namun, seorang petani di India
mendapat ilham untuk menhalau monyet dengan membuat harimau jadian.
Harimau jadian itu sebenarnya
anjing yang dicat bercorak belang menyerupai harimau.
Cat harimau jadian itu hanya
bertahan kira-kira satu bulan.
Rupanya monyet takut pada rupa
dan tidak mengetahui perkara sebenar di sebaliknya.
No comments:
Post a Comment