Permainan
rebut tiang biasanya dimainkan oleh kanak-kanak sebagai permainan spontan.
Ketika tiada permainan lain, mereka akan bermain berebut tiang.
Kanak-kanak dahulu kreatif untuk menggunakan sumber di sekeliling untuk dijadikan permainan. Permainan
mudah sahaja. Asal ada sekurang-kurangnya tiga tiang, permainan itu boleh
dimainkan. Tidak kisahlah tiang rumah, tiang bendera dan apa sahaja jenis
tiang.
Bilangan
tiang yang ada akan menentukan jumlah pemain, iaitu bilangan tiang akan
ditambah satu. Contohnya jika bilangan tiang sebanyak tiga, maka pemainnya
adalah empat. Kalau tiang ada lima, jumlah pemainnya adalah enam. Kalau kawasan
itu ada banyak tiang yang melebihi jumlah pemain, mereka akan akan 'tandakan'
tiang yang tidak termasuk dalam permainan.
Tiang
akan dianggap 'rumah'. Sesiapa yang memegang tiang, kedudukannya akan selamat.
Namun, mereka tidak boleh selamanya berada di rumah yang sama. Jadi kenalah
bertukar-tukar tiang atau kedudukan.
Seorang
pemain yang tidak mempunyai rumah akan cuba untuk berebut tiang atau rumah itu.
Maka di sinilah perlu strategi bagaimana dua perumah perlu bijak untuk bertukar-tukar
rumah tanpa dapat direbut oleh yang tidak berumah.
Untuk
menentukan siapa dikira tidak berumah, pemulihan boleh dibuat dengan berbagai-bagai
cara seperti tarik lidi, 'O' zon dan berlari dari satu tempat.
Masa
dan tempoh permainan tidak ditetapkan. Tiada siapa pemenang ditentukan. Namun, orang
yang tidak berjaya untuk menjadi perumah dalam tempoh masa yang lama akan berasa
kecewa dan mungkin menarik diri daripada terus bermain. Sebab itu ada yang secara
sengaja melakukan 'kesilapan' agar rumahnya akan dirampas oleh orang lain.
No comments:
Post a Comment