Kulit
telur mengandungi kandungan kalsium karbonat (CaCO3) yang tinggi sama
sepertimana cengkerang, batu karang dan batu kapur. Selain itu ia juga
mengandungi "trace elements” untuk membantu pokok hidup subur dan berdaya
tahan terhadap penyakit.
Nutrien
ini penting kepada tanah bagi pertumbuhan tanaman dan bertindak sebagai
suplemen semulajadi.
Cara
untuk membuat baja daripada kulit telur mudah dilakukan. Pertamanya, jemur kulit
telur sampai kering. Kemudian ditumbuk halus. Tujuan ditumbuk halus bagi memudahkan
akar pokok menyerap kandungan yang ada di dalamnya.
Jika
tidak mahu jemur dan tumbuk, pun boleh juga. Tetapi kadar keberkesannnya agak kurang.
Pun itu adalah lebih baik daripada membuang kulit telur di dalam tong sampah.
Selamat
mencuba.... benda mudah dilakukan tetapi hasilnya baik.
No comments:
Post a Comment