Belimbing buluh rasanya masam. Jadi, tidak ramai
yang suka makan belimbing buluh melainkan yang dicampur dalam gulai dan makan dengan
pencicah. Sebab itu, banyak buah belimbing buluh yang dibiarkan gugur tanpa dipungut.
Namun di Pahang, terutama di daerah Lipis, belimbing
buluh dijadikan sambal hitam yang kini mendapat permintaan tinggi.
Penggunaan belimbing buluh untuk membuat sambal
hitam menjadikan buah tersebut yang berbuah sepanjang tahun itu tidak dibiarkan
rosak.
Satu lagi cara untuk memanfaatkan buah belimbing
buluh ialah dengan merebus untuk dijadikan kudapan atau snek.
Buah belimbing yang belum ranum direbus sehingga
buah menjadi kecut. Proses merebus itu akan mengeluarkan cecair punca buah belimbing
buluh menjadi masam.
Buah belimbing buluh yang direbus itu ditoskan
dan dikeringkan. Buah yang sudah kering akan kelihatan seperti buah kismis, tetapi
ukurannya lebih besar.
Rasa belimbing buluh yang dikeringkan itu juga
seakan-akan buah kismis.
No comments:
Post a Comment