Hari
Melawat Kubur atau Perayaan Qing Ming merupakan salah satu daripada 24 perayaan
yang bermula pada awal bulan tiga dalam kalendar lunar bagi kaum Cina. Jika
dipandang daripada suatu sudut terdapat persamaan sifat antara penyembahan
nenek moyang dengan penyembahan dewa-dewi.
Bagi
masyarakat Cina tujuan menyembah nenek moyang pada Hari Melawat Kubur (Qing
Ming), selain mengingati keluarga yang sudah meninggal dunia, adalah untuk
meminta perlindungan daripada nenek moyang, supaya keluarga sihat, aman dan
bahagia.
Selain
itu, mengikut kepercayaan Cina masa untuk melawat tanah perkuburan pada Qing
Ming mesti pada siang hari, semasa suasana tenaga positif masih kuat, supaya
tidak diganggu oleh suasana tenaga negatif. Jikalau melawat tanah perkuburan
pada waktu malam atau waktu senja, adalah dipercayai tindakan ini akan
mengundang roh jahat bersama.
Perkara
yang selalu diberi perhatian ketika perayaan ini, melawat kubur tidak sama
dengan melancong. Sudah tentu semasa melancong, seseorang itu dibolehkan
mengambil gambar sesuka hati.
Tetapi
situasi ini tidak sama di tanah perkuburan, mereka percaya roh mempunyai elemen
jisim, dan bagi roh yang mempunyai elemen jisim yang kuat, rupa mereka mungkin
dapat ditangkap oleh kamera. Maka, gambar tersebut akan membawa bersama tenaga
negatif (Yin), jika gambar tersebut dibawa balik ke rumah, tenaga ‘Yin’ juga
akan dibawa balik bersama ke rumah.
Di
dalam perayaan ini juga mereka membakar kertas sembahyang dan juga replika
kertas. Setiap tahun upacara pembakaran replika kertas ini dilakukan di rumah
dan juga di tanah perkuburan.
Kepercayaannya
juga adalah sama agar berharap mendiang mendapat manaafat di alam neraka dengan
mengguna pakai kereta, rumah, telefon pintar dan lain-lain untuk kegunaan
mereka.
Kemudian
baharulah mereka akan menyiram perkuburan keluarga mereka dengan air arak.
Sambutan
Qing Ming diadakan pada hari ke-104 selepas solstis musim sejuk atau hari
ke-15 selepas ekuinoks musim bunga. Ia lazimnya diadakan 5 April pada tahun
biasa dan pada 4 April pada tahun lompat.
Hari
Qing Ming merupakan cuti umum di negara China, Taiwan, Hong Kong dan Macau.
No comments:
Post a Comment