Membuat
fitnah amat besar dosanya. Allah meletakkan dosa membuat fitnah lebih buruk
kesannya daripada membunuh. Firman Allah bermaksud: “Fitnah itu besar
(dahsyat) dari melakukan pembunuhan.” (Surah al-Baqarah, ayat 217).
Sifat buruk akibat mulut mudah dilakukan kerana ia mudah dilakukan. Bahkan ada pihak yang menggunakan tabiat buruk seperti mencarut, berdusta, membuat fitnah dan mencela sebagai amalan meraih simpati orang ramai.
Sesungguhnya perkataan-perkataan buruk yang keluar dari mulut didalangi oleh syaitan. Mereka yang bercakap itu ‘mewakili’ syaitan mengucapkan perkataan tidak baik kepada pihak lain bagi tujuan memecah belahkan hubungan baik sesama manusia.
Sememangnya kejayaan syaitan merosakkan hidup anak cucu Adam banyak bergantung kepada ‘pertolongan’ manusia sendiri yang engkar kepada perintah dan amaran Allah. Sesiapa yang di dalam dirinya mempunyai sifat-sifat syaitan, maka bersaksilah bahawa merekalah akan menjadi teman syaitan di neraka jahanam.
Oleh sebab itu yakinlah bahawa tidak ada alasan atau hukum yang mengizinkan perkataan-perkataan buruk dan fitnah digunakan dalam keadaan apa jua keadaan. Maka, boleh dikenali mana-mana pihak yang menggunakan perkataan buruk dan fitnah perlu dijauhi.
Menjauhkan diri daripada kumpulan sedemikian bertujuan agar kita juga tidak terpengaruh dengan sikap buruk itu. Sekiranya selalu mendengar perkataan buruk dan dusta ia akan meresap di dalam diri dan menganggap perkataan itu perlu diucapkan sama.
Tidak hairalah jika sekarang ini perbuatan mencaci dan membuat fitnah itu semakin menular di kalangan pihak yang memperjuangkan fahaman yang lari dari landasan ajaran Islam. Perjuangan yang didakwa demi mempertahankan agama dilakukan dengan kaedah yang dikehendaki oleh syariat Islam.
No comments:
Post a Comment