Sebak
sayu selepas melihat tempat kena bom. Saya ziarah dan bawa hadiah dan bantu
belikan kerusi roda untuk anak yang hilang kaki atau hilang upaya di Hospital
A'mal Khan Younis Gaza di bawah Palestin Red Crescent.
Sebahagian besarnya kerana bom. Sebahagian cacat semenjak lahir. Tapi kediaman mereka pasti dibom. Mereka dibantu mendapat pendidikan free di sini.
Jadual padat ke sana sini membantu. Semua merayu kita bantu mereka. Mereka ini semua susah miskin. Dibom pula.
Adik ni semua sentiasa tersenyum. Tapi bila ditanya tentang kaki atau bom. Ada yang senyum dan ada yang menangis.
Sayu menceritakan apa yang berlaku. Allahuakbar ramai tiada kaki. Ada 3 beradik tiada kaki. Ada seorang tu umur 2 tahun dibom dan membesar dengan tiada kaki.
Ada yang sedang tidur bangun-bangun mata buta dan kaki dah tiada kerana dibom. Ada kaki kena peluru masa kecil.
Ya Allah. Masa berbual dan bermain bola keranjang. Ceria jer semua. Macam dah lama kenal. Semua hensem dan cantik. Ramai pakai kaki palsu.
Sebelum balik kami dapatkan list apa yang mereka perlu untuk kami bantu selain sedikit sumbangan yang diberikan. Kerusi roda, hadiah, duit sumbangan.
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Berat rasa hati. Maafkan saya yer adik semua. Maafkan kami. Berat ujianmu. Besar dan mulianya mereka semua ini hidup dalam menerima ujian besar begini. Allah sayang adik semua.
FB Ebit Lew
No comments:
Post a Comment