Saturday, 3 July 2021

POKOK DURIAN DAUN TUMBUH DI HUTAN

 
Durian ada banyak jenis. Di Malaysia durian raja kunyit atau musang king paling terkenal.

Tedapat satu nama durian yang agak jarang dikenali iaitu durian daun atau di setengah tempat dipanggil durian aur. Nama lain durian hutan ini ialah durian dalit dan durian burung. Ada juga memanggilnya durian landak. Mungkin juga ada nama lani bagi durian hutan ini.

Di Melaka terdapat nama tempat dinamakan Durian Daun. Mungkin nama tempat Durian Daun diambil dari nama jenis durian daun.

Manakala di Kedah pula ada tempat dinamakan Durian Burung.

Pokok durian daun boleh dianggap tumbuhan liar. Jarang orang menanam durian daun.

Buah durian daun berbentuk bulat seperti bola dengan berat kurang dari 1 kilogram. Warna buah tetap  hijau dari muda sampai buah masak dan jatuh dari pohon.

Duri pada durian daun lebih panjang dibandingkan durian biasa dan sedikit lembut yang jika dipegang tidak terasanya kesan tajam dirinya.

Buah durian daun mudah dikopek. Isi buah durian daun agak nipis dan bilangan ulas biasanya satu atau dua ulas sahaja untuk satu pangsa.

Rasanya durian daun berlemak. Manakala bau isinya agak tengik atau maung. Bau menusuk sampai ke kepala. Sebab itu tidak ramai suka makan durian daun. Sebab itu juga mengapa orang tidak menanam durian daun.

Durian daun bukan sahaja tidak disukai manusia, bahkan tupai juga tidak gemar durian daun. Jadi, buah durian daun terselamat dari ancaman tupai.

Namun, bagi orang yang sudah biasa makan durian daun, bau tengik tidak menjadi penghalang untuk menikmatinya.

Maka, tidak pelik ada orang lebih suka makan durian daun berbanding durian biasa. Rasa durian daun dianggap istimewa lain dari yang lain.

No comments:

Post a Comment