Sunday, 29 August 2021

KHASIAT KULIT BETIK

Betik bukan sahaja berkhasiat pada bahagian isinya. Bahkan, kulit betik juga ada manfaat atau kebaikan.

Mengurangkan jerawat - Caranya sapukan kulit betik yang segar pada muka atau pes betik segar yang dilenyek juga boleh digunakan pada muka untuk menghilangkan jerawat dan bintik hitam. 

Asid alfa-hydroxy dalam buah ini menjadikannya berasid secara semulajadi. Ia berfungsi membantu dalam mengurangkan jerawat dan juga memerangi penuaan.

Mengurangkan tompok hitam - Betik dicampur dengan susu membentuk pes yang baik untuk mengurangkan tompok-tompok hitam pada kulit anda. 

Malah, ia juga mampu membuatkan tona kulit anda jadi sekata. Susu melengkapi betik dalam memberi keajaiban dan juga meningkatkan keserian kulit anda.

No comments:

Post a Comment