Populariti
dikir barat tidak lagi sekadar di Kelantan, bahkan kini telah tersebar di
seluruh negara. Pertandingan Dikir Barat Kebangsaan yang dianjurkan oleh
Kementerian Penerangan turut melibatkan pasukan dari luar Kelantan yang mana
mutu persembahannya tidak kurang hebat berbanding pasukan asal dari
Kelantan.
Memang
tidak dinafikan persembahan dikira barat telah lama terkenal di seluruh
Malaysia yang berlaku hasil penghijrahan rakyat Kelantan. Sekarang ini,
dikir barat tidak lagi dianggap khas untuk rakyat Kelantan
saja.
Banyak
pihak menyangka dikir barat berasal dari Kelantan berdasarkan ia terkenal di
negeri itu. Tambahan, dikir barat dipersembahkan dalam dialek Kelantan
menguatkan lagi telahan itu.
Sebenarnya
dikir barat bukan berasal di Kelantan. Kelantan hanya layak dipanggil
negeri mempopularkan dikir barat di negara kita. Tempat asal dikir barat
ialah dari Selatan Thai.
Dikir
barat diperkenalkan di Kelantan sekitar lewat 30an. Ketika itu banyak rakyat
Kelantan berhijrah ke Selatan Thai mencari pekerjaan, terutama di bendang padi
dan ladang getah.
Mereka
yang sering berulang alik itu kemudiannya menubuhkan kumpulan persembahan
seperti mana ditiru di Selatan Thai.
Persembahan
itu dinamakan ‘dikir’ kerana berbentuk nyanyian beramai-ramai dengan suara
nyaring. Manakala perkataan ‘barat’ mengambil nama tempat asalnya.
Bagi
orang Kelantan, Selatan Thai dikenali ‘Barat’. Maka, persembahan dikir
yang ditiru dari Barat dipanggil dikir barat.
Rentak
lagu Barat mudah diminati penduduk Kelantan kerana ‘harmoni’ dengan dialek
Kelantan. Masyarakat Melayu di Selatan Thai menggunakan dialek hampir sama
dengan penduduk Kelantan.
Manakala
irama bertepuk tangan dan alatan muzik yang digunakan menimbulkan suasana
gembira dan meriah. Alatan terawal digunakan ialah rebana ubi dan cere
(sejenis buluh). Pengikut atau awak-awak seramai 30 bertepuk tangan dan
menyahut perkataan ‘tok joro’ dan tukang karut.
Kemudian,
alat yang digunakan telah diganti dan ditambah. Rabana ubi digantikan dengan
rebana ibu dan rebana anak. Rece menggantikan cere dan ditambah ialah
sebiji gong dan canang. Bilangan awak-awak pula dikurangkan kepada sekitar
15 orang.
Sebelum
dikir barat dikenali, di Kelantan terdapat dua jenis dikir iaitu dikir rebana
dan dikir laba. Bagaimanapun dengan kemunculan dikir barat menyebabkan
kedua-dua jenis dikir itu tidak diminati lagi.
Dikir
rebana kurang diminti kerana lebih kepada persembahan paluan rebana. Manakala
dikir laba (diambil dari perkataan labah-labah) kurang diminati kerana
disampaikan dalam bahasa Arab yang dikarang mengikut sesuka hati (berkait-kait)
sehingga jauh dari landasan asal berzanji.
Dikir
barat mencapai kemuncak kegemilangan sekitar tahun 60an dan 70 an mengatasi
persembahan wayang kulit, menora dan makyong.
Nama
tukang dikir seperti Daud Bukit Abal, Pak Lah Tapang, Hassan Ikan Duyung, Seman
Wau Bulan dan beberapa nama lain begitu terkenal.
Setiap
kali persembahan dikir barat diadakan, sambutan amat meriah dan menjadi
kegilaan ramai. Peminat sanggup berjalan kaki melalui kawasan hutan, sawah
dan paya semata-mata untuk menikmati dikir barat.
Ketika
itulah peluang untuk anak gadis berhibur. Ibu bapa boleh bertolak ansur kerana
mereka juga ingin menontonnya.
Dengan
kata lain persembahan itu ditonton seisi keluarga sehinggga anak kecil masih
dalam patang juga dibawa bersama kerana ibu baru lepas bersalin juga tidak mahu
ketinggalan.
Persembahan
dikir barat berlangsung sehingga pukul lima atau enam pagi. Penonton tidak berganjak
dan sanggup bersengkang mata sehingga tamat.
Semakin
lama persembahan semakin hebat apabila tukang karut telah ‘turun
minyak’. Setiap persembahan melibatkan dua pasukan yang masing-masing
mempunyai tukang karut dan tok joro untuk berlawan persembahan.
No comments:
Post a Comment