Manusia
memerlukan kepada satu kehidupan bermasyarakat. Melakukan apa yang disukai dan
mengembirakan. Sebab itu, jika dihalang daripada melakukan aktiviti sosial dianggap
satu penderitaan yang berat.
Keadaan
ini terjadi disebabkan secara fitrahnya akan berlaku pergaulan dan kontrak
sosial di antara individu atau pihak yang tertentu dalam sesuatu masyarakat.
Hal
itu terjadi disebabkan manusia akan sentiasa memerlukan di antara satu sama
lain bagi memenuhi segala keperluan dalam kehidupan seharian mereka.
Namun, dalam melakukan perkara tersebut, ada yang melakukan tindakan yang tidak
disukai pihak lain atau mendatangkan kesan buruk.
Menyedari
keadaan itu, keperluan manusia kepada undang-undang atau peraturan yang
tertentu adalah tidak dapat dinafikan.
Kehidupan
bermasyarakat memerlukan kepada kepelbagaian aktiviti di antara pelbagai pihak
yang akan menghasilkan pula kepelbagaian perhubungan.
Ada
kalanya perhubungan ini akan mewujudkan pertikaian dan perbalahan. Justeru itu,
kewujudan sesuatu undang-undang bagi memperuntukkan hak dan tanggungjawab
individu serta bagi menjelaskan kaedah-kaedah penyelesaian apa-apa pertikaian
dalam sesuatu masyarakat adalah semakin jelas.
Dalam hal ini, Ibn Khaldun, salah seorang pengkaji masyarakat yang terkenal
dalam bukunya al-Muqaddimah telah menjelaskan bahawa setiap individu akan
sedaya upaya memenuhi keperluan kehidupannya dengan berinteraksi dengan
individu yang lain.
Dalam
keadaan ini, kemungkinan untuk berlakunya ketidakadilan adalah tidak dapat
dinafikan. Justeru itu, menurut beliau, adalah amat mustahil untuk membiarkan
ketidakadilan terus berlaku tanpa diwujudkan satu undang-undang bagi mengadili
ketidakadilan ini.
Menyedari hakikat di atas, sejarah telah memaparkan bahawa undang-undang yang
berfungsi sebagai asas dan neraca keadilan telah wujud seiring dengan kewujudan
sesuatu masyarakat.
Kewujudan
dan pemakaian undang-undang ini kadangkala dipengaruhi oleh sentimen dan
pemahaman, adat istiadat setempat, ugama, budaya dan lain-lain lagi.
lanya
bermula dalam bentuk yang agak mudah dan seterusnya berkembang dalam bentuk
yang begitu kompleks. Penguatkuasaannya pula sama ada didasarkan kepada
institusi, pihak, ketua atau pemimpin masyarakat yang berpengaruh serta
berotoriti.
Berasaskan
kepada situasi inilah undang-undang pemah diterimapakai misalnya dalam
masyarakat purba India, Greek, Roman dan lain-lain lagi.
Merujuk kepada Islam,
undang-undang yang diterimapakai dikenali scbagai syariat atau syariah Islam.
No comments:
Post a Comment