Ketika
UMNO dikatakan semakin tenat, ada pemimpin dari parti yang mendakwa kuat menyertai
UMNO.
Sebenarnya
itu bukti UMNO masih diyakini sebagai wadah perjuangan memperkasan agama,
bangsa dan negara.
Inilah
manifestasi tindakan Tan Sri Tengku Azlan Almarhum Sultan Abu Bakar mengumum
peletakan jawatannya sebagai Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Temerloh
serta merta dan kembali ke pangkuan UMNO.
Dalam
sidang medianya hari ini, beliau turut menyerahkan borang permohonannya untuk
menyertai UMNO melalui Bahagian Paya Besar kepada Pengerusi Perhubungan UMNO
Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Katanya,
beliau membuat keputusan untuk memilih kembali ke pangkuan UMNO kerana yakin
dan percaya UMNO merupakan sebuah parti yang menjadi tunjang kepada perjuangan
orang Melayu dan Islam.
“Sebagai
rakyat Malaysia kita semestinya mempertahankan Perlembagaan negara tanpa
mengira fahaman politik.
“Kita
seharusnya mendukung demokrasi berparlimen dan juga Raja Berperlembagaan
berdasarkan yang telah termaktlub dalam Rukun Negara sesungguhnya Perlembagaan
Negara adalah sebuah institusi tertinggi dalam negara kita,” katanya lagi.
Turut
hadir dalam sidang media tersebut ialah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Khaled
Nordin.
No comments:
Post a Comment