Kampung
Pantai Sabak sejak dari dahulu telah terkenal sebagai lokasi pendaratan ikan segar.
Banyak penduduknya menjadi nelayan.
Maka,
tidak hairan jika ada penduduk yang mengambil kesempatan untuk membuat keropok
keping.
Bahan
utama membuat keropok keping ialah ikan. Biasanya ikan tamban beluru dan ikan
selayang digunakan untuk membuat keropok keping. Bahan lain digunakan ialah
tepung sagu.
Bermula
hanya secara kecil-kecilan sejak puluhan tahun dahulu, kini ada yang menjadikan
aktiviti membuat keropok keping sebagai satu perusahaan kecil dan sederhana
yang bukan sahaja melibatkan pekerja di kalangan ahli keluarga, tetapi juga
menggajikan penduduk kampung.
Ia
secara tidak langsung membuka peluang pekerjaan kepada suri rumah untuk
menambah pendapatan keluarga.
Keropok
kecil yang dihasilkan dijual kepada pemborong yang kemudian menjual kepada
peruncit seluruh negeri.
Sekarang
ini, keropok keping juga banyak dipasarkan secara dalam talian yang memudahkan
pembeli mendapatkannya biarpun berada di mana-mana.
No comments:
Post a Comment