Apa
saja yang menyentuh kepentingan orang Melayu sebagai penduduk asal negara ini
dan yang terkandung dalam Perlembagaan perlu terus diperjuangkan.
Orang
Melayu perlu mempunyai keberanian untuk menangkis pihak lain yang menggunakan
istilah rasis dan perkauman untuk menutup hujah mengenai orang Melayu.
Malah
orang Melayu perlu menyerlahkan keberanian untuk tidak menjadikan Perlembagaan
sebagai kitab usang.
Caranya
ialah dengan tidak membiarkan pihak lain dengan mudah memanipulasikan sentimen
yang menjuruskan kepada rasis sesuatu kaum.
Kaum
lain tidak perlu sengaja membuat andaian salah terhadap orang Melayu, kononnya
Melayu kaum yang rasis dan penindas kepada kaum lain.
Buktinya,
dalam sejarah dan ketamadunan Melayu tidak mencatatkan Melayu sebagai penakluk.
Lihatlah mana-mana catatan sejarah sekali pun, adakah mencatatkan bahawa orang
Melayu menjadi penakluk seperti bangsa-bangsa lain di dunia?
Kalau
dilihat di luar konteks negara, dunia Melayu bukanlah sempit dan tidak
berpengaruh. Tetapi memilik pengaruh besar tidak pernah menjadikan Melayu
sebagai bangsa penakluk seperti sekian banyak penjajah yang menjajah negara
ini.
Jadi,
orang Cina dan India perlu mengakui bahawa label rasis yang diberikan kepada
orang Melayu sebenarnya membongkar sikap rasis mereka sendiri.
Toleransi
orang Melayu sebenarnya hingga ke peringkat memakan diri. Semua ini tentunya
dilakukan demi keamanan dan kestabilan politik di negara yang dihuni oleh
pelbagai kaum ini.
Apa
lagi yang perlu orang Melayu korbankan supaya tidak dianggap rasis oleh orang
bukan Melayu? Hinggakan menghunus keris yang menjadi salah satu daripada resam
budaya Melayu tidak boleh dilakukan kerana orang Cina mentafsirkan keris itu
melambangkan keganasan.
Dalam
budaya Melayu menghunus keris tidak ada kena mengena dengan mengamuk atau rasis
terhadap kaum lain.
Maka
berkorbanlah orang Melayu memohon maaf kerana menghunus keris. Sebenarnya
cerita tentang keris ini sangat sukar dipercayai tetapi begitulah realitinya
yang terpaksa dihadapi oleh orang Melayu bagi menjaga keharmonian hidup di
negara ini.
Kaum
lain kena ingat, orang Melayu adalah manusia biasa yang mempunyai tahap
kesabaran yang sama dengan orang lain.
Sekiranya
terlalu banyak provokasi yang melabelkan Melayu seolah-olah kaum yang rasis,
sudah tentu suatu perasaan yang tidak baik wujud di antara pelbagai kaum di
negara ini.
Kenyataan
bahawa kedudukan kaum lain tidak sama dengan bumiputera di negara ini bukanlah
luar biasa. Malah dalam Perlembagaan juga ada peruntukkan tertentu yang tidak
diberikan kepada kaum lain.
Gambar kembara berjalan kaki ke Bukit Gua Kambing tiada kaitan dengan tulisan ini. Sekadar hiasan.
No comments:
Post a Comment