Mengapa Melayu miskin? Umum mengetahui
kadar kemiskinan orang Melayu lebih tinggi berbanding bangsa lain di
Malaysia.
Antara punca Melayu miskin kerana
kurang berusaha. Sebaliknya lebih mengharapkan bantuan
kerajaan.
Namun, peluang yang diberikan oleh
kerajaan tidak pula dimanfaatkan sepenuhnya. Ramai yang menyalahgunakan bantuan
yang disediakan oleh kerajaan.
Punca keduanya ialah tidak
mengamalkan sikap bersyukur. Mereka selalu mempertikaikan bantuan yang
diberikan. Sesungguhnya, sikap tidak bersyukur menyebabkan rasa tidak puashati
sering timbul.
Sebab lain ialah sikap lebih banyak
berpolitik berbanding bekerja. Bercakap mengenai politik dan ekonomi macamlah
dia jaguh dan pakar, tetapi hasilnya tidak ada apa yang disumbangkan kepada
negera.
Orang Melayu perlu kepada transformasi
minda untuk berjaya. Fikir secara matang dalam mendepani cabaran ekonomi.
Tingkatkan usaha dan lebih bersikap berdikari untuk mencapai kemajuan diri dan
bangsa.
Kita perlu ingat, kiraan tahap
ekonomi berdasarkan purata pendapatan tidak membawa erti yang seperti yang
diharapkan jika yang kaya tambah kaya dan yang miskin tambah
miskin.
Dalam statistik, puratan pendapatan
meningkat, tetapi hakikat sebenarnya banyak keluarga menanggung kehidupan lebih
susah.
Ini berlaku disebabkan seluruh
kekayaan rakyat Malaysia, termasuk yang terkaya, dibahagi purata dengan
bilangan isi rumah atau individu. Jadi, angka yang digambarkan tidak
mencerminkan realiti.
Sepatutnya Melayu lebih berdaya saing untuk merebut peluang yang disediakan
kerajaan. Jangan habisakan masa bergaduh sesama sendiri. Tingkatkan keupayaan
untuk menikmati kehidupan lebih baik.
Gambar buah nipah. Boleh dijadikan sumber pendapatan.
No comments:
Post a Comment