Jajahan
Bachok, Kelantan mempunyai kawasan persisir pantai terpanjang di negeri
Kelantan, berbanding jajahan Tumpat, Kota Bharu dan Pasir Putih. Jajahan lain
di Kelantan, seperti Machang, Kuala Krai, Tanah Merah, Gua Musang dan Pasir Mas
tidak mempunyai pantai.
Pantai
di jajahan Bachok memang cantik dan menjadi tumpuan. Nama yang sudah lama
terkenal sudah pastinya Pantai Irama. Nama lain turut terkenal ialah Pantai
Senok dan Pantai Kemayang. Kini satu lagi nama yang tersenarai sebagai pantai
peranginan ialah Pantai Melawi.
Pantai
Irama terletak kira-kira 20 kilometer dari bandar Kota Bharu. Apa yang uniknya
tentang pantai ini adalah kedudukannya yang menghadap Laut China Selatan dan berhampiran
dengan pekan Bachok yang menjadi pekan utama di jajahan Bachok.
Pantai
Irama sudah lama telah lama dikenali di Kelantan, bahkan menjadi daya tarikan
pengunjung dari luar Kelantan sejak berpuluh-puluh tahun lalu. Ia dikenali
sehebat Pantai Cahaya Bulan (dahulunya dikenali Pantai Cinta Berahi) dan Pantai
Bisikan Bayu.
Bagaimanapun
keindahan Pantai Irama menjadi ‘tercalar’ dan menjadi semakin tidak menarik
apabila barisan pokok kelapa dan pokok rhu yang menghiasi persisir pantainya
tumbang akibat hakisan pantai setiap kali musim tengkujuh sejak awal 90an.
Pihak
berkuasa berusaha membina bentang untuk menghalang hakisan terus berlaku, namun
benteng itu tidak bertahan lama dan runtuh dibaham badai.
Bermula
sekitar 2010 pihak berkuasa membina bentang menggunakan batu-batu besar yang
disusun menganjur ke tengah laut, di samping benteng di tepi pantai.
Benteng
batu-batu besar itu mengubah landskap Pantai Irama. Pantai yang dahulunya ‘lurus’
dan landai kini sudah menjadi berteluk. Pukulan ombak menjadi lebih kecil dan
lebih selamat untuk mandi manda.
Selain
membina benteng, kerja-kerja pengindahan turut dilakukan menjadikan ia lebih
menarik dan memberi keselesaan kepada pengunjung.
Apapun
wajah Pantai Irama, sama ada ketika dahulu, mahupun sekarang, ia terus kekal
mendapat sambutan menjadi tumpuan pengunjung untuk beristirahat dan melakukan
aktiviti riadah.
Tambah
lagi, kawasan yang boleh dijadikan tempat melakukan aktiviti semakin luas
berbanding sebelumnya apabila kawasan di kiri dan kanan pantai turut boleh
digunakan.
No comments:
Post a Comment