Dari
segi perubatan, biji jering mengandungi sejenis bahan alkoloid yang
memberi rangsangan untuk membuang air kecil.
Bagi
pesakit penyakit kencing manis, jering boleh menjadi penawar yang
berkesan sekiranya diambil berterusan dengan kadar yang sedikit. Kerana
kandungan sebatian alkoloid di dalam jering mampu meneutralkan kandungan
gula dalam badan.
Jering
dikelaskan sebagai racun serdahana kerana ia mempunyai asid yang
menyebabkan keracunan. Ia menyebabkan "sakit mencucuk atau berdenyut-denyut,
penyakit gout, salur kencing tersekat dan kegagalan renal akut.
Jadi,
elak makan makan jering dalam kuantiti yang banyak, terutama mereka yang belum
pernah mencubanya.
Kenapa
jering berbau tidak menyenangkan? Seperti petai yang mempunyai bau yang kuat,
penyebab bau itu sebenarnya adalah asid amino yang terkandung di dalam biji
jering. Asid amino itu didominasi oleh asid amino yang mengandung unsur Sulfur
(S).
No comments:
Post a Comment