Friday, 22 March 2024

PROSES MEMBINA JALAN RAYA TAHAN BEBAN BERAT

 
Banyak pengguna kecewa apabila jalan baharu siapa dibina beberapa tahun telah menampakan kerosakan seperti beralun dan tebing runtuh.
 
Daripada sudut pandang kejuruteraan, apa yang berlaku itu adalah faktor di luar kawalan. Ini kerana jalan raya yang dibina sekarang mengikut spesifikasi untuk menampung beban yang berat dengan kadar terlalu sibuk dan beberapa ciri keselamatan lain. Dengan spesifikasi tersebut, jalan raya mampu bertahan lama dan mampu menampung beban yang mampu dibawa oleh kenderaan.
 
Proses membina sebuah jalan raya bukan sekadar meratakan tar beberapa centimeter tebal dan kemudian dimampatkan seperti yang kita nampak.
 
Sebenarnya jalan raya dibina dengan empat lapis atau paling kurang tiga lapis. Bahagian paling bawah ialah penyediaan asas jalan iaitu tanah perlu dimampatkan ikut spesifikasi. Bahagian asas ini mengambil kira bebanan yang terlebih muatan daripada lori yang terlebih besar dengan kadar laluan yang sangat tinggi.
 
Untuk mengetahui lapisan lain dalam pembinaan jalan raya, boleh rujuk kepada gambar di bawah. Penjelasan panjang lebar tidak disediakan kerana ini bukan rencana kejuruteraan membina jalan raya, tetapi sekadar perkongsian am atau untuk orang awam.
 
Seperti dijelaskan, proses membina jalan bukan dibuat sekadar tangkap muat. Pelbagai aspek diambil kira. Namun, tidak dinafikan apabila ada pihak kontraktor yang tidak bertanggungjawab melakukan kerja-kerja pembinaan tidak mengikut spesifikasi yang sepatutnya apabila pemantauan tidak dilakukan sepenuhnya oleh pihak berwajib.
 
Jadi kegagalan bahagian paling atas yang kita sebut asphalt atau tar bukan sebab kerosakan tar itu sendiri tetapi berpunca asas jalan yang tidak kukuh. Ini dinamakan kerosakan akibat kecuaian dan sikap bertanggugjawab manusia.
 
Apabila kerosakan berlaku, perkara asas yang sering dilakukan ialah ditambah asphalt baharu. Namun begitu, kerosakan masih berulang yang biasanya disebabkan ketebalan yang sepatutnya tidak dipatuhi. Contohnya ketebalan yang sepatutnya 150 mm, tetapi yang dibuat hanya 120 mm sahaja. Kontraktor melakukan tindakan tersebut untuk mendapat untung lebih.
 
Semoga sikap curang ini dapat dibendung bagi memastikan keadaan jalan raya serta kemudahan asas lain berada dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan. Halang atau hapuskan amalan rasuah.
 
Gambar di atas sekadar hiasan.

No comments:

Post a Comment